Skip to content

Az-Zahrah Islamic Medical Centre

English | Malay

Pesakit Perlu Sokongan Keluarga
Written by Administrator   
Tuesday, 05 May 2009 01:26

“KETIKA diberitahu saya menghidap barah usus, terasa hayat hampir tamat. Tambahan pula saya berusia 73 tahun. Tidak tahu berapa lama saya boleh bertahan dengan penyakit ini.

“Saya betul-betul takut bila anak-anak mahu hantar saya ke hospital. Rasanya hospital ini macam kawasan larangan. Dengar orang sebut hospital pun dah rasa ngeri, apatah lagi untuk ‘tinggal’ di sini,” kata Halimah Ibrahim.

Ditemui pada pelancaran kumpulan sokongan pesakit barah di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya, beliau kelihatan tenang ditemani anak dan cucu perempuan yang keletah.

“Saya pun tak perasan saya ada penyakit tetapi yang pasti setiap kali makan, saya muntah. Apabila kerap sangat muntah, saya hilang selera makan. Kadangkala timbul rasa takut hendak makan, takut muntah lagi.

“Anak-anak risau melihat keadaan saya. Cepat-cepat mereka bawa saya ke hospital, tempat paling saya tidak gemar.

“Namun memikirkan kesihatan, saya mengalah dengan keputusan anak-anak, saya tahu mereka buat begini untuk kebaikan,” katanya.

Halimah bersyukur, tindakan cepat anak-anak membawanya ke hospital dan menjalani pemeriksaan membolehkan penyakitnya dikesan lebih awal. Doktor mengesahkan barah dihidapinya masih di peringkat awal dan lebih mudah dirawat.

Walaupun diberitahu begitu, Halimah tetap takut. Dalam kepalanya terbayang pelbagai kemungkinan, terutama jika dia perlu menjalani pembedahan - kaedah rawatan yang digeruni.

“Masa tu memang takut. Takut kena bedah sebab dah tua. Badan dah tak kuat macam orang muda,” katanya yang berasal dari Ipoh, Perak.

Namun apa ditakuti tidak berlaku. Kerana sudah tua, Halimah tidak dibedah, sebaliknya dia hanya diberikan rawatan kemoterapi dan radioterapi; sesuai dengan keadaan kesihatannya.

Menurut seorang jururawat yang menjaganya, Halimah beruntung kerana penyakitnya dikesan awal dan dia hanya menerima beberapa sesi rawatan.

Malah, Halimah tenang menceritakan pengalamannya yang disifatkan tidak ‘seteruk’ seperti dibayangkan sebelum ini.

Keberaniannya juga hasil sokongan keluarga, terutama anak-anak yang saling berganti menemaninya di hospital.

Sepanjang tempoh rawatan, dia sentiasa ditemani anak-anak dan cucu. Kehadiran mereka meringankan kebimbangannya terhadap penyakit dihidapi dan melihat wajah comel cucu-cucunya membuatkan Halimah mahu cepat sembuh.

Kata Pakar Psikologi, Rokiah Mohamed, sokongan keluarga sangat penting bagi pesakit, terutama yang menghidap barah, kerana kebanyakan pesakit masih skeptikal terhadap penyakit berkenaan.

“Bagi mereka, barah memusnahkan kehidupan. Ramai pesakit tidak dapat terima hakikat itu dengan mempersoalkan mengapa mereka dapat penyakit itu dan ada yang menyalahkan diri sendiri. Tidak kurang juga disisihkan keluarga yang tidak mahu berkongsi masalah.

“Ini antara faktor yang boleh menyebabkan tekanan kepada pesakit, yang secara tidak langsung mempengaruhi tindak balas badan terhadap ubat dan rawatan diberikan,” katanya.

Penerimaan hakikat mereka menghidap barah dan mendapat sokongan keluarga akan mencetuskan semangat kuat kepada pesakit untuk meneruskan hidup. Semangat ini sekaligus mencetuskan gerak balas positif terhadap ubat diambil dan akan mempercepatkan proses penyembuhan seperti dilalui Halimah.

Bimbang dengan peningkatan kanak-kanak obes, Low berkata, ibu bapa perlu membawa anak mendapatkan pemeriksaan untuk memastikan ia bukan disebabkan masalah kesihatan.

Bagaimanapun, kanak-kanak tidak perlu mengamalkan diet kerana mereka, terutama yang aktif, memang banyak menggunakan tenaga. Namun, ibu bapa hendaklah mengawal pertambahan berat supaya seimbang dengan ketinggian.

Penjagaan berat badan, khususnya bagi anak obes, adalah tanggungjawab seisi keluarga. Maknanya, bukan saja daripada segi pemilihan makanan seimbang, tetapi turut membabitkan kegiatan harian yang aktif dan selalu bersenam.

Lebih baik jika ia dijadikan aktiviti keluarga bagi mengurangkan anak menghabiskan terlalu banyak masa di depan komputer dan televisyen.

Individu yang mengalami masalah berat badan juga boleh mendapatkan khidmat nasihat percuma daripada pakar pemakanan di WMIC, selain menjalani analisis berat dan kandungan lemak dalam badan.

Tiga kaedah digunakan iaitu melalui penentuan Indeks Jisim Tubuh (BMI), saringan kandungan lemak badan dan ukuran pinggang yang disaran dilakukan setiap bulan.

Mengapa ukuran pinggang juga penting? Individu boroi perlu ambil perhatian. Boroi bukan saja tidak cantik, tetapi ia petanda bahaya. Ini kerana kebanyakan organ penting ada di sini dan kehadiran lemak berlebihan boleh menjejaskan fungsi organ berkenaan lalu menimbulkan pelbagai masalah kesihatan.

“Tiada jalan mudah untuk kurus. Ia perlukan masa, kesabaran dan disiplin menjaga makan serta bersenam. Jangan terpengaruh dengan iklan ubat kurus badan, terutama pil dan herba yang tidak diiktiraf kerajaan.

“Jika masih mahu ambil pil kurus, pastikan ia di bawah seliaan doktor. Berbincang dengan doktor mengenai hal ini dan pastikan juga anda faham kesan sampingan setiap ubat. Jangan bahayakan kesihatan semata-mata ingin cepat kurus,” katanya.