Health Info

   Conditions, injuries and diseases than can be treated through Physiotherapy:







    Headache
        Sakit pada bahagian kepala yang lazimnya berpunca daripada stress.

        Whiplash
            Masalah yang disebabkan kemalangan kereta, termasuk kesakitan pada leher dan urat ketegangan urat.

            Golfer Elbow
                Sakit pada bahagian dalam siku (medial epicondyle) yang disebabkan over use pada bahagian sendi siku, contohnya sukan golf.

                Back Pain
                    Sakit pada bahagian belakang badan, yang berpunca daripada posture/posisi yang tidak betul serta teknik mengangkat barang yang salah.

                    Osteoarthritis
                        Masalah pada bahagian tulang sendi yang disebabkan tulang rawan yang nipis. Biasanya terdapat pada golongan wanita yang berumur 40-an.

                        Hand @ Wrist injury
                        Kecederaan @ kesakitan pada bahagian tangan @ pergelangan tangan.

                        Groin Strain
                        Sakit pada bahagian tendon pada otot groin, yang berada di bahagian dalam paha.

                        Shin Splints
                        Sakit pada bahagian depan betis iaitu sekitar tulang tibia, ini disebabkan oleh kecederaan atau kemalangan.

                        Sprained Ankles
                        Sakit yang dialami pada bahagian sendi buku lali kaki disebabkan ketegangan ligament.

                        Sore Feet
                        Masalah yang berlaku pada tapak kaki yang sering terjadi pada pesakit yang mengidap plantar facisitis Symptom: sakit di tapak kaki terutama pada waktu pagi dan malam(bangun dari tidur dan sebelum tidur).

                        Neck and Shoulder Pain
                        Sakit pada leher boleh disebabkan nerve impingement, masalah otot, ligament atau tendon yang boleh menyebabkan sakit atau kebas pada bahagian bahu hingga ke lengan. Ia akan menyebabkan rasa tidak selesa dan akan mengganggu aktiviti harian.

                        Breathing
                        Masalah pernafasan berlaku disebabkan faktor persekitaran yang berpunca daripada habuk,debu dan cuaca serta disebabkan penyakit sinusitis,alergi, dan asthma. Symptom: hidung tersumbat, selesema, gatal, mata berair, batuk dan sesak nafas yang sering dikaitkan dengan pelbagai gangguan paru-paru.

                        Tennis Elbow
                        Sakit di bahagian luar siku ( lateral epicondyle) juga disebabkan over use pada bahagian siku, contohnya sukan tennis.

                        Arm Pain
                        Sakit pada bahagian lengan yang disebabkan rasa tidak selesa, sakit dan limited range of motion.

                        Bladder Problem
                        Masalah perkumuhan /kencing tak lawas yang disebabkan otot pada pundi kencing tidak kuat . symptom : kencing kerap , kencing tak puas.

                        Sciatic Pain
                        Masalah pada salur darah besar (sciatic nerve ) yang mengawal perjalanan darah pada bahagian kaki (paha, betis). Symptom : rasa kebas , sakit dan aktiviti harian terganggu di sebabkan rasa tidak selesa@ kebas pada bahagian kaki dan pinggang.

                        Hamstring Tears
                        Otot besar pada bahagian belakang paha terkoyak , disebabkan over stretch @ strains. Symptom: sakit apabila berjalan, turun tangga.

                        Knee Pain
                        Sakit lutut atau masalah sendi yang disebabkan penyakit OA atau kecederaan-kecederaan sukan.

                        Calf Tears
                        Otot pada bahagian betis (calf muscles) yang terkoyak disebabkan over stretch @ sprain.

                        Achilles Tendon Pain
                        Masalah pada bahagian tendon yang besar pada kaki biasanya disebabkan terseliuh.

                        Heel Pain
                        Sakit pada tumit kaki yang biasanya terdapat pada pesakit yang mengalami spur/tulang terlebih pada bahagian tumit.

GOUT memang sudah sebati dikaitkan sebagai penyakit lelaki dan ia jarang sekali berlaku kepada wanita. Jika ada pun, kemungkinan berlaku hanyalah selepas wanita mengalami menopaus.

Apabila gout menyerang, kaki akan menjadi bengkak, panas dan amat sakit hingga ada sesetengah pesakit tidak boleh berjalan. Malah, kesakitan ini boleh berlanjutan beberapa hari dan hanya hilang dengan pengambilan ubat.

Gout mula dikenal pasti lebih 2,000 tahun dulu dan dikatakan antara penyakit tertua. Dulunya ia dipanggil penyakit orang kaya lantaran ia dikaitkan dengan pengambilan makanan dan minuman yang terlalu banyak khasiat.

Ia adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin (protein); berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit.

Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablur inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi yang daripada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan.

Menurut Perunding Pembedahan Ortopedik dan Trauma, Dr Robert Penafort, punca sebenar masalah metabolik masih belum diketahui bagaimanapun individu yang menghidap kencing manis, obesiti dan sakit buah pinggang juga berisiko mendapat gout.

Tisu lembut

Gout boleh dibahagikan kepada empat peringkat; asimptomatik (tiada simptom), akut, interkritikal dan kronik. Dalam kes akut, simptom gout berlaku secara cepat dan tiba-tiba; biasanya hanya menyerang tisu lembut pada beberapa sendi.

Manakala bagi peringkat kronik, serangan gout boleh berlaku berulang-ulang yang dipanggil polyarticular gout. Pesakit akan berasa amat sakit, kejang dan kaki berubah bentuk. Ada juga yang mungkin menghadapi masalah kaki bengkak, merah, panas dan demam.

Pengumpulan asid ini boleh dilihat melalui kulit akibat pembentukan bonjolan kecil yang dipanggil tophi. Pada keadaan yang lebih serius, tophi yang terlalu besar mungkin pecah dan mengeluarkan bahan seperti kapur.

“Selain kaki, gout juga boleh berlaku pada anggota badan yang lain seperti buku lali, lutut, tangan dan pergelangan tangan. Kesakitan boleh berlanjutan antara lima hingga 10 hari mengikut keadaan pesakit. Sendi yang diserang gout akan bengkak, merah dan panas.

“Secara semula jadi asid urik akan larutkan dalam darah dan disingkirkan daripada badan melalui air kencing. Adakalanya badan menghasilkan terlalu banyak sehingga ia berkumpul menjadi kristal berbentuk jarum pada sendi atau tisu sekelilingnya menyebabkan sendi bengkak dan sakit,” katanya.

Bagaimanapun, bukan semua sakit sendi disebabkan kristal asid urik kerana pemendapan kalsium pirofosfat dihidrat juga boleh menyebabkan kesakitan pada pergelangan kaki, lutut dan pergelangan tangan — yang dipanggil gout palsu atau pseudogout.

Faktor Risiko

Jantina — Secara umumnya, lelaki lebih berisiko mendapat gout pada kadar 90 peratus kes yang dilaporkan.

Gaya hidup — Individu yang banyak minum minuman keras terutama bir dikatakan lebih berisiko mendapat gout.

Obesiti — Terutama bagi individu yang mempunyai berat badan lebih 66 kilogram daripada berat badan normal.

Penyakit, keadaan kesihatan dan ubat — Sesetengah penyakit seperti tekanan darah tinggi yang tidak dikawal, diabetes, hiperdislipidemia (paras lemak dan kolesterol yang tinggi) dan arteriosklerosis (penyempitan salur darah) juga boleh menyebabkan gout.

Individu yang menjalani pembedahan atau mendapat sakit tenat secara tiba-tiba dan terlantar lama juga boleh mengalami peningkatan asid urik dalam badannya. Malah, ubat mengawal tekanan darah dan kemoterapi juga dikenal pasti boleh meningkatkan paras asid urik dalam badan pesakit.

Genetik — Kajian mendapati satu daripada empat pesakit datang daripada keluarga yang ada masalah gout.

Umur — Biasanya gout menyerang pesakit tua tetapi kini banyak kes membabitkan pesakit berumur 30 hingga 50 tahun. Manakala bagi wanita, kebanyakan kes bermula selepas umur putus haid.

Bila sepatutnya mendapatkan rawatan? Kata Dr Penafort, apabila sendi berasa panas, bengkak dan sakit kerana jika tidak dirawat masalah ini akan bertambah buruk serta boleh menyebabkan kerosakan sendi.

Malah, individu yang mengalami masalah kencing manis, obesiti, anemia, pesakit buah pinggang atau pengambilan ubat yang mengganggu pengkumuhan asid urik turut berisiko mendapat gout. .

Menurut Dr Penafort, asid urik biasanya disingkirkan daripada badan melalui air kencing dan najis. Kegagalan badan mengeluarkan asid urik berlebihan akan menyebabkan ia mendak dan berkumpul sama ada di sendi, buah pinggang atau kulit.

Mewarisi

Gout juga biasa dikaitkan dengan tabiat pemakanan tidak sihat dan seimbang. Walaupun begitu, dalam sesetengah kes ia boleh diwarisi, terutama individu yang tiada enzim untuk membuang asid urik.

Gout juga boleh disebabkan masalah obesiti, gemuk, tekanan, kerosakan buah pinggang. Bagi individu yang mempunyai masalah gout, mereka disarankan untuk berpantang sedikit dan menghindarkan makanan kaya purin seperti bijirin, makanan laut, makanan berprotein tinggi, ikan bilis, minuman keras, kicap, teh dan kopi. Sebaliknya, minum lebih banyak air masak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari dan kerap bersenam.

Buat masa sekarang, tiada rawatan khas untuk menyembuhakan gout tetapi masalah ini boleh diatasi dan dikawal dengan mengambil ubat tahan sakit seperti endometacin (indocid) dan diclofenac (voltaren).

Individu yang kerap mengalami serangan gout sebaik-baiknya mempunyai bekalan ubat allopurinol di rumah untuk mengimbangkan paras asid urik dalam badan yang perlu diambil sepanjang hayat.

Beberapa ubat yang dicadangkan bagi rawatan jangka panjang termasuk uricosuric (probenecid dan sulphinpyrazone).

Manakala untuk serangan mendadak, pesakit boleh mengambil ubat antiinflamatori bukan steroid (NSAIDs), colchicine (untuk serangan yang kurang kerap) dan corticosteroids.

What is Physiotherapy

Physiotherapy is the treatment of injury and disease by enhancing the body's own natural healing mechanisms. It is painless in most cases and no drugs are used.

Physiotherapy is holistic approach to health care. This means that the physiotherapist does not only solve a particular problem but that a wider view of the patient is adopted. This includes consideration of the lifestyle, work and leisure and how to prevent it from recurring.

Physiotherapists teach people to help themselves to better health. So, whatever the age or condition, physiotherapists are likely to be able to help you.

WHAT DO PHYSIOTHERAPISTS DO?
    Assess patients in order to confirm a diagnosis and choose a treatment method. Their extensive trainings enable them to do assess.
    Treat a wide range of conditions with both traditional and new techniques.
    Teach patients exercises that will keep them healthy.
    Advice on handling heavy objects and help patients to cope with long term disabilities.

WHAT CONDITIONS DO THEY TREAT?
    Problem in breathing, lungs and phlegm.
    Disabled conditions such as palsy, stroke and muscular dystrophy.
    Sports injuries, damaged ligaments and pulled muscles.
    Prolapsed disc, joint problems, back and  neck problems.

WHOM DO PHYSIOTHERAPISTS TREAT?

Physiotherapists are able to treat patients from newborn to the elderly and frail. Besides that, a physiotherapist is able to assist patients with mental complications. Techniques on relaxation exercises can help to heal patients physical agility and to gain self confidence all together.


WHAT CAN WE OFFER YOU AT Az-Zahrah Islamic Medical Centre (AZIM)?
      Electro Therapy
          Ultra Sound
          Interferential Therapy
          Laser
          Short wave diathermy
      Manual Therapy
          Mobilization
          Manipulation
          Massage
          Therapeutic exercises
          Post-Operation Rehabilitation
          Consultation and prevention

PHYSIOTHERAPY SERVICES AT Az-Zahrah Islamic Medical Centre (AZIM)
    Sports Injury / Management & Rehabilitation / Prevention Supplies
    Pre-Operation Rehabilitation
    Post-Operation Rehabilitation
    Back Pain
    Neck Pain
    Joint Pain
    Chest Physiotherapy
    Stroke
    Fracture
    Sports Massage
    Exercise Guidelines / Gym Activities

OPERATION SCHEDULE
Day Time
 Monday - Friday
 Saturday (except for 3rd weekend)  
 9.00 am - 5.00 pm  
 9.00 am - 1.00 pm  

 

* If you need our services after the scheduled hours, kindly contact us for an appointment

Doctors should not Ignore Proven Alternative to Coronary Artery disease.

By Dr Mohd Ebrahim Sulaiman, Kuala lumpur.


ECP therapy , A unique opportunity to save countless lives and billions of dollars is being overlooked by the medical community. This technique increases blood flow to the heart, strengthens the circulation, and offers a proven way to treat heart disease in lieu of stents or bypass surgery.



What is this technic?

    It is called ECP (External counter Pulsation) FDA approved since 1987 for:
        1.Stable Angina Pectoris
        2.Unstable Angina Pectoris
        3. Acute Myocardial Infarction
        4. Cardiogenic Shock.
        5. Congestive heart failure.

In Malaysia , ECP Medical device has been used in our medical centre since 2002, May 5th after the Inaugural opening ceremony launched by His Excellency Dato Sri Dr Muhammad Suleiman , former Deputy Minister of Health.

External counterpulsation (ECP) is a safe, non-invasive procedure that can overcome heart disease in two waysby passively exercising the heart to strengthen the vascular system and by targeting inflammation, the underlying culprit in damaged blood vessels that inhibits blood flow.

More than 100 studies have demonstrated its overwhelming effectiveness and unquestioned safety in improving blood flow in patients with heart disease. Some experts are calling for the ECP procedure to become first-line therapy for heart disease, long before surgery or other invasive procedures are used. Approved by the FDA for chronic stable angina, cardiogenic shock, congestive heart failure, as well as during a heart attack, ECP not only saves lives but is also considerably cheaper and safer than traditional invasive procedures such as angioplasty and coronary stents, which continue to be the mainstay of therapy which requires repeated procedures. Insurance even pays for it!

ECP By improving circulation, this simple procedure prevents arteries from becoming blocked, allowing the heart to do its job more effectively. As is often the case, health care in the United States and elsewhere is often driven by lucrative revenues making many in the medical community reluctant to embrace alternative therapies.

We have first enlightened our members to the benefits of ECP therapy in May 2002, yet most Foundation members still don't realize this life-saving technology is available. In this article, we'll review why we should no longer afford to ignore the benefits of this inexpensive, life-saving procedure. Good news is our new DG Health of Malaysia has been calling for reformation of Health care system soon. Insurance policies should also be reformed.

There are now about 15 Medical centres and hospitals providing ECP therapy in Malaysia. In our 11 years experience in treating thousands of patients with ECP therapy it was found to be at least 85% successful, for patients with some forms of heart disease.

External Counterpulsation (ECP) is a non-invasive, high-tech, low-risk procedure, performed on an outpatient basis, which offers a remarkable reprieve from some of the potentially disabling symptoms of stable angina and coronary heart disease. Patients lucky enough to be offered this underused therapy may experience changes in their conditions that range from significant pain relief to renewed mobility and energy, to a rekindled libido. They may also literally gain a new lease on life, simultaneously avoiding the dangers of coronary bypass surgery . But chances are, unless you inquire about it, you'll never even be told this option exists. Therefore we need to make awareness among public and doctors.

Imagine this scenario. You've developed troubling symptoms recentlyshortness of breath, difficulty climbing stairs without resting frequently, and maybe even some pressure or pain in your chest. If you're a man, you may have noticed a decrease in libido, or an occasional inability to sustain erection during sex. You may even break out into a sweat inexplicably from time to time. Such patients should ask for ECP therapy as a first line of therapy.

I would also like to share our experience in using External counterpulsation (ECP) for the treatment of Cardiac Syndrome X. ECP has been shown to be an effective treatment for refractory angina in end stage coronary disease patients, improving both subjective and objective measures of ischemia and associated functional impairment. ECP increases coronary blood flow and velocity and has been shown to increase nitric oxide and cGMP, decrease endothelin and angiotensin II levels, mobilize endothelial progenitor cells and inhibit intimal hyperplasia. ECP has also been demonstrated to promote collaterals, coronary vasodilation, and decrease vascular disease progression. ECP therapy increases shear stress and could be expected to improve the endothelial dysfunction associated with Syndrome X. It is amazing that elderly patients above 90 years old enjoys ECP therapy with some physical and mental improvement.

Patients without significant angiographic epicardial coronary artery disease can suffer chronic disability from microvascular angina (cardiac Syndrome X) which is unresponsive to usual antianginal medical therapy. Microvascular coagulation and flow rate can be demonstrated by means of latest Video microscope at the junction of skin and finger nails on the doctor's office table within two minutes. Ref: International Journal of cardiology, 1 March, 2008.

    What you need to know about ECP therapy.
        i. Stable coronary artery disease and angina can cause disabling symptoms including shortness of breath, pressure or discomfort in the chest, exercise intolerance, and fatigue.
        ii. Physicians commonly treat coronary artery disease and angina using invasive procedures such as angioplasty/stents and coronary artery bypass grafting. While such treatment temporarily restores blood flow to the heart, but it will not last for long, reclosing of the arteries is common.
        iii. ECP ,a safe, effective, non-invasive therapy for the symptoms of coronary artery disease and angina is now available.
        iv. External counterpulsation (ECP) alleviates cardiac symptoms by enhancing coronary collateral circulationalternate pathways by which blood can reach the heart muscle.
        v. The procedure is performed in a series of outpatient treatments, in which inflatable cuffs wrapped around the legs inflate and deflate in rhythm with the patient's heartbeat.
        vi. More than 100 published studies show that ECP can effectively relieve symptoms of heart failure, increase exercise tolerance, reduce reliance on medication, and improve quality of life. Benefits of treatment can last up to five years.

Warning!!! ECP is the Medical Device, United States Federal law restricts this device for use on or by the order of Licensed Physician, the same applies to Malaysia.

While ECP may benefit many individuals suffering from the effects of coronary heart disease, but be careful that it is not for every patient.

    Contraindications for the therapy include:
        i. Severe peripheral vascular disease
        ii. Decompensated congestive heart failure
        iii. Uncontrolled hypertension
        iv. Phlebitis
        v. Deep vein thrombosis
        vi. Pregnant or potentially pregnant women
        vii. Significant aortic insufficiency
        viii. Aortic Aneurysm.
        ix. Markedly irregular heart rhythm

Consult with your registered physician who is trained and aware of ECP therapy to determine if ECP is an appropriate choice for you. This novel therapy simulates the circulatory benefits of exercise, increase BMR, allowing patients to overcome symptoms and resume a healthy, active lifestyle.

FORGING NEW PATHWAYSREPAIRING THE HEART'S BLOOD SUPPLY

Regarded as a form of physical therapy, ECP stands in sharp contrast to the other, far more common approaches to angina; namely invasive interventions such as cardiac catheterization, angioplasty, stent placement, and coronary artery bypass surgery.

(CAD) Coronary Artery Disease is the progressive systemic disease, Invasive procedures don't address the underlying heart disease.

Atherosclerotic plaques can prevent blood flow to the heart muscle, resulting in oxygen starvation of the cardiac muscle tissue.

These clinical manifestations are often characterized by the pain of angina and some loss of cardiac function. But these blockages often become irrelevant following ECP therapy.

ECP improves blood flow by improving blood vessel function as a whole. New pathways form.

The first time I heard about it, I thought it sounds too good to be true. But that was 11 years ago. Now, I am a firm believer in this deceptively simple therapy for a deadly No. 1 killer disease. I was amazed by the science behind it and the simplicity of the technique. In our Islamic culture, we always intend to think the higher-tech, the better, the cheaper, safer, no surgery, but the results with this technique are phenomenal. Reward from Almighty God depends upon our intention to please Him. Are we going to be greedy or be honest and serve our fellow human with sympathy?

If You Have Heart Disease EECP Can Help Change Your Life!


EECP, a Non-Surgical treatment, FDA approved for angina, coronary artery disease and congestive heart failure. Original idea or summary of Harvard University scientist.
EECP stands for Enhanced External Counterpulsation, a treatment process that helps the heart heal itself. You will find information that will help you understand just how beneficial this treatment can be. EECP may be right for you.

Journal Cardiology recommends EECP as first-line treatment for heart disease.

EECP is clinically proven by clinical research, FDA approved method of helping your heart to heal itself by growing its own "Natural Bypasses" by opening potential co-lateral circulation.

EECP reduces angina chest pain by helping your heart to grow new collateral vessels or "Natural Bypasses" around any blockages in your heart arteries.

EECP is that it is completely non-invasive! Instead of open heart bypass surgery and grafting vessels from your legs onto your heart, angioplasty or stenting, EECP may be able to help stimulates new collaterals to grow naturally. And it is clinically proven by control studies.

Studies have consistently shown that EECP is effective and beneficial at significantly reducing angina heart pain in up to 85-90% of patients such as declared by Mayo Clinic, even those who have had failed bypass surgery!

Perhaps best of all: EECP doesn't bring any risk of the risks or recovery time associated with surgery. The mechanism or mode of action is easily understandable.

You may return to your normal physical activities sooner than you expected as seen in those who thought they had given up forever.

Angiography can show the difference before and after series of EECP treatment.

EECP being offered at many heart centres and research universities in world.

EECP is very patient friendly and EECP doesn't operate against your heart.

Dr Ebrahim Sulaiman of Kuala Lumpur, Malaysia was the first to bring EECP technology into Malaysia, way back in 2002. He has lots more to say about this effective treatment.

Quick and Simple Ways to Work Out at Work

While a regular workout routine is an essential part of reaching your weight-loss goals, there will be times when your job or family obligations get in the way of exercising. Although Dr. Arthur Agatston, author of the South Beach Diet Supercharged, recommends a daily 20-minute exercise routine - alternating days of interval walks and days of core-strengthening exercises - he suggests that even on those days when your schedule is crammed, you try to get in a five- or ten-minute walk or simply incorporate more movement throughout the day.

After all, some exercise is always better than none. If you can't find time for fitness before or after work, here are seven tips to help you squeeze fitness into your workday.

      1) Park farther away from the office, or get off public transportation at an earlier stop.
      2) Take the stairs instead of the elevator, especially if you have just a few flights to climb.
      3) Go for a walk during lunch. One way to do this is to skip your usual salad spot on the corner and find one a little farther away. If you bring your lunch to work, use the time you save buying lunch to take a walk around the block.
      4) Walk over to coworkers' desks when you need to chat with them or deliver messages rather than using e-mail or the phone.
      5) Instead of meeting friends in the office or over lunch, meet to take a walk instead.
      6) Use your headset or cell phone and walk around while talking on the phone.
      7) Stretch occasionally while sitting at your desk or leave a light pair of weights at work and do some upper-body exercises.

Pesakit Perlu Sokongan Keluarga

"KETIKA diberitahu saya menghidap barah usus, terasa hayat hampir tamat. Tambahan pula saya berusia 73 tahun. Tidak tahu berapa lama saya boleh bertahan dengan penyakit ini.

"Saya betul-betul takut bila anak-anak mahu hantar saya ke hospital. Rasanya hospital ini macam kawasan larangan. Dengar orang sebut hospital pun dah rasa ngeri, apatah lagi untuk 'tinggal' di sini," kata Halimah Ibrahim.

Ditemui pada pelancaran kumpulan sokongan pesakit barah di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya, beliau kelihatan tenang ditemani anak dan cucu perempuan yang keletah.

"Saya pun tak perasan saya ada penyakit tetapi yang pasti setiap kali makan, saya muntah. Apabila kerap sangat muntah, saya hilang selera makan. Kadangkala timbul rasa takut hendak makan, takut muntah lagi.

"Anak-anak risau melihat keadaan saya. Cepat-cepat mereka bawa saya ke hospital, tempat paling saya tidak gemar.

"Namun memikirkan kesihatan, saya mengalah dengan keputusan anak-anak, saya tahu mereka buat begini untuk kebaikan," katanya.

Halimah bersyukur, tindakan cepat anak-anak membawanya ke hospital dan menjalani pemeriksaan membolehkan penyakitnya dikesan lebih awal. Doktor mengesahkan barah dihidapinya masih di peringkat awal dan lebih mudah dirawat.

Walaupun diberitahu begitu, Halimah tetap takut. Dalam kepalanya terbayang pelbagai kemungkinan, terutama jika dia perlu menjalani pembedahan - kaedah rawatan yang digeruni.

"Masa tu memang takut. Takut kena bedah sebab dah tua. Badan dah tak kuat macam orang muda," katanya yang berasal dari Ipoh, Perak.

Namun apa ditakuti tidak berlaku. Kerana sudah tua, Halimah tidak dibedah, sebaliknya dia hanya diberikan rawatan kemoterapi dan radioterapi; sesuai dengan keadaan kesihatannya.

Menurut seorang jururawat yang menjaganya, Halimah beruntung kerana penyakitnya dikesan awal dan dia hanya menerima beberapa sesi rawatan.

Malah, Halimah tenang menceritakan pengalamannya yang disifatkan tidak 'seteruk' seperti dibayangkan sebelum ini.

Keberaniannya juga hasil sokongan keluarga, terutama anak-anak yang saling berganti menemaninya di hospital.

Sepanjang tempoh rawatan, dia sentiasa ditemani anak-anak dan cucu. Kehadiran mereka meringankan kebimbangannya terhadap penyakit dihidapi dan melihat wajah comel cucu-cucunya membuatkan Halimah mahu cepat sembuh.

Kata Pakar Psikologi, Rokiah Mohamed, sokongan keluarga sangat penting bagi pesakit, terutama yang menghidap barah, kerana kebanyakan pesakit masih skeptikal terhadap penyakit berkenaan.

"Bagi mereka, barah memusnahkan kehidupan. Ramai pesakit tidak dapat terima hakikat itu dengan mempersoalkan mengapa mereka dapat penyakit itu dan ada yang menyalahkan diri sendiri. Tidak kurang juga disisihkan keluarga yang tidak mahu berkongsi masalah.

"Ini antara faktor yang boleh menyebabkan tekanan kepada pesakit, yang secara tidak langsung mempengaruhi tindak balas badan terhadap ubat dan rawatan diberikan," katanya.

Penerimaan hakikat mereka menghidap barah dan mendapat sokongan keluarga akan mencetuskan semangat kuat kepada pesakit untuk meneruskan hidup. Semangat ini sekaligus mencetuskan gerak balas positif terhadap ubat diambil dan akan mempercepatkan proses penyembuhan seperti dilalui Halimah.

Bimbang dengan peningkatan kanak-kanak obes, Low berkata, ibu bapa perlu membawa anak mendapatkan pemeriksaan untuk memastikan ia bukan disebabkan masalah kesihatan.

Bagaimanapun, kanak-kanak tidak perlu mengamalkan diet kerana mereka, terutama yang aktif, memang banyak menggunakan tenaga. Namun, ibu bapa hendaklah mengawal pertambahan berat supaya seimbang dengan ketinggian.

Penjagaan berat badan, khususnya bagi anak obes, adalah tanggungjawab seisi keluarga. Maknanya, bukan saja daripada segi pemilihan makanan seimbang, tetapi turut membabitkan kegiatan harian yang aktif dan selalu bersenam.

Lebih baik jika ia dijadikan aktiviti keluarga bagi mengurangkan anak menghabiskan terlalu banyak masa di depan komputer dan televisyen.

Individu yang mengalami masalah berat badan juga boleh mendapatkan khidmat nasihat percuma daripada pakar pemakanan di WMIC, selain menjalani analisis berat dan kandungan lemak dalam badan.

Tiga kaedah digunakan iaitu melalui penentuan Indeks Jisim Tubuh (BMI), saringan kandungan lemak badan dan ukuran pinggang yang disaran dilakukan setiap bulan.

Mengapa ukuran pinggang juga penting? Individu boroi perlu ambil perhatian. Boroi bukan saja tidak cantik, tetapi ia petanda bahaya. Ini kerana kebanyakan organ penting ada di sini dan kehadiran lemak berlebihan boleh menjejaskan fungsi organ berkenaan lalu menimbulkan pelbagai masalah kesihatan.

"Tiada jalan mudah untuk kurus. Ia perlukan masa, kesabaran dan disiplin menjaga makan serta bersenam. Jangan terpengaruh dengan iklan ubat kurus badan, terutama pil dan herba yang tidak diiktiraf kerajaan.

"Jika masih mahu ambil pil kurus, pastikan ia di bawah seliaan doktor. Berbincang dengan doktor mengenai hal ini dan pastikan juga anda faham kesan sampingan setiap ubat. Jangan bahayakan kesihatan semata-mata ingin cepat kurus," katanya.

Boroi Petanda Bahaya

SETIAP kali membeli barang keperluan untuk diisi dalam rak dapur, penulis menghabiskan banyak masa cuba memahami makna label yang sehalus semut untuk mengetahui kandungan barang dibeli.

Lama membelek dan membandingkan dua tiga jenama, termasuk yang baru di pasaran, akhirnya penulis mencapai barangan lebih popular di arena iklan dan maklumat pada label ditolak ke tepi - kerana tidak faham.

Bertanya kepada rakan, rupa-rupanya penulis tidak bersendirian. Ramai juga tidak 'berapa tahu' makna terselindung di sebalik senarai panjang bahan, terutama nama saintifik seperti tertera di bungkusan pembalut.

Pakar Diet Weight Management Information Center Berhad (WMIC), Lee Ching Li, berkata kurang faham mengenai maklumat pemakanan pada barang dibeli menyebabkan ramai gagal menurunkan berat badan, walaupun kurang makan.

Malah, tidak kurang merungut dan berputus asa melihat jarum penimbang menunjukkan angka lebih besar sebelum mereka mengamalkan diet dan hanya makan makanan terpilih.

"Bahan yang terkandung dalam makanan disenaraikan mengikut kuantiti. Bahan yang ditulis dulu atau pada kedudukan teratas, kuantitinya paling banyak. Jika tidak ditulis beratnya pun, kita masih boleh buat anggaran kasar.

"Caranya mudah. Contohnya kandungan gula. Semua perkataan berakhir dengan -sa seperti sukrosa, glukosa, maltosa atau fruktosa adalah gula. Madu, gula tebu, susu pekat, molasses dan sebarang sirap buah juga adalah gula. Jadi kiralah berapa kali nama-nama ini ditulis.

"Begitu juga lemak. Perkataan minyak, lemak dihidrogenkan separa atau penuh, lemak sayuran, mentega, marjerin, lelemak, lemak konfeksionari atau lemak gantian semuanya membawa makna sama: lemak.

"Nama saintifik memang boleh mengelirukan kita, tetapi ambil cara yang mudah. Ingat perkataan yang berakhir dengan -sa adalah gula dan semua sodium, tidak kira apa jenisnya adalah garam," katanya.

Perkara kedua penting untuk diberi perhatian adalah saiz hidangan. Boleh dikatakan hampir semua makanan kini disertakan dengan saiz hidangan yang dicadangkan pengeluar bersama peratusan kandungannya dan jumlah kalori.

Jika ditulis satu hidangan bersamaan tiga keping biskut atau 250 mililiter jus buah, bermakna kita disarankan makan tiga keping biskut saja atau minum 250 mililiter jus sehari.

"Jika kita makan enam keping biskut, bermakna kita makan dua hidangan. Kandungan lemak dan gulanya mungkin jauh lebih tinggi daripada sepinggan nasi. Ini antara punca ramai gagal menurunkan berat badan, walaupun mereka tidak makan nasi," katanya.

Pengarah Eksekutif WMIC, Pauline Low, pula berkata pengurusan berat badan perlu bermula sejak kecil, seawal mungkin dengan mengamalkan pemakanan seimbang dan kerap bersenam kerana ketika ini anak lebih mudah dilatih.

Lebih penting, ibu bapa perlu menjadi teladan terbaik kepada anak-anak. Caranya juga mudah iaitu kurangkan makan di luar, sebaliknya masak sendiri makanan anda dengan memilih resipi menyihatkan serta kurangkan makanan diproses (seperti nugget, daging burger, sosej, biskut).

"Jangan jadikan 'makanan', terutama makanan segera, sebagai hadiah untuk anak atau diri sendiri. Kunjungan ke restoran makanan segera pula tidak seharusnya menjadi aktiviti yang ditunggu-tunggu anak-anak.

"Sesekali makan di luar itu bagus untuk mengeratkan ikatan keluarga, tetapi ajarlah anak memilih sajian menyihatkan. Contohnya, mi sup jauh lebih menyihatkan daripada mi goreng atau galakkan anak memilih hidangan yang banyak serat kerana ia cepat mengenyangkan," katanya.

Bimbang dengan peningkatan kanak-kanak obes, Low berkata, ibu bapa perlu membawa anak mendapatkan pemeriksaan untuk memastikan ia bukan disebabkan masalah kesihatan.

Bagaimanapun, kanak-kanak tidak perlu mengamalkan diet kerana mereka, terutama yang aktif, memang banyak menggunakan tenaga. Namun, ibu bapa hendaklah mengawal pertambahan berat supaya seimbang dengan ketinggian.Penjagaan berat badan, khususnya bagi anak obes, adalah tanggungjawab seisi keluarga.

Maknanya, bukan saja daripada segi pemilihan makanan seimbang, tetapi turut membabitkan kegiatan harian yang aktif dan selalu bersenam.

Lebih baik jika ia dijadikan aktiviti keluarga bagi mengurangkan anak menghabiskan terlalu banyak masa di depan komputer dan televisyen.

Individu yang mengalami masalah berat badan juga boleh mendapatkan khidmat nasihat percuma daripada pakar pemakanan di WMIC, selain menjalani analisis berat dan kandungan lemak dalam badan.

Tiga kaedah digunakan iaitu melalui penentuan Indeks Jisim Tubuh (BMI), saringan kandungan lemak badan dan ukuran pinggang yang disaran dilakukan setiap bulan.

Mengapa ukuran pinggang juga penting? Individu boroi perlu ambil perhatian. Boroi bukan saja tidak cantik, tetapi ia petanda bahaya. Ini kerana kebanyakan organ penting ada di sini dan kehadiran lemak berlebihan boleh menjejaskan fungsi organ berkenaan lalu menimbulkan pelbagai masalah kesihatan.

"Tiada jalan mudah untuk kurus. Ia perlukan masa, kesabaran dan disiplin menjaga makan serta bersenam. Jangan terpengaruh dengan iklan ubat kurus badan, terutama pil dan herba yang tidak diiktiraf kerajaan.

"Jika masih mahu ambil pil kurus, pastikan ia di bawah seliaan doktor. Berbincang dengan doktor mengenai hal ini dan pastikan juga anda faham kesan sampingan setiap ubat. Jangan bahayakan kesihatan semata-mata ingin cepat kurus," katanya.

Sarapan Pagi Kuatkan Otak

PETUA orang tua-tua, untuk kekal sihat dan langsing, mesti jadikan sarapan sebagai amalan. Lebih awal waktu sarapan, lebih baik. Orang dulu bercakap berdasarkan pengalaman dan berita baiknya, ia disokong kajian sains di seluruh dunia.

Malah, pakar pemakanan juga sependapat; sarapan pagi adalah sumber pertama untuk memulakan hari kita, sebagaimana dituntut dalam Islam untuk bangun bersahur, walaupun ada yang boleh bertahan sehingga menjelang waktu berbuka.

Kajian terbaru menunjukkan, orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif, lebih langsing dan memiliki daya tumpuan lebih baik.

Pemilihan sarapan, terutama yang kaya karbohidrat, membekalkan tenaga, mampu menahan rasa lapar dan mengawal keinginan untuk makan di antara waktu sarapan dan makan tengah hari.

Malangnya, ramai meninggalkan sarapan dengan alasan tiada selera makan pada waktu pagi atau tidak sempat (kerana bangun lambat). Jika anda tergolong dalam kumpulan ini, ada baiknya anda terus membaca untuk mengetahui 'rahsia' di sebalik hidangan ringkas yang dipanggil sarapan.

Ada saintis menggelar sarapan sebagai makanan untuk otak. Kajian menunjukkan sarapan ada kaitan rapat dengan kecergasan mental. Secara ringkasnya, sarapan dikatakan memberikan kesan positif terhadap aktiviti otak - lebih cergas, peka dan fokus.

Ini secara tidak langsung mendatangkan pengaruh positif terhadap diri individu itu untuk melaksanakan tugasnya, sama ada di sekolah atau tempat kerja; walaupun hanya mengambil sarapan seringan sekeping roti dan secawan kopi.

Rangsang paras glukos

Karbohidrat yang diambil pada waktu pagi akan merangsang paras glukos dan mikro nutrien dalam otak. Contohnya, vitamin B yang diperkaya dalam roti dan bijirin sarapan dikenal pasti mampu memberikan kesan positif kepada fungsi otak.

Kesan lebih ketara di kalangan kanak-kanak dan remaja yang mengambil sarapan kaya karbohidrat kompleks ialah mereka boleh menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan menyelesaikan masalah dengan lebih baik.

Justeru itu, tidak hairan jika pengusaha roti dan bijirin berlumba-lumba menghasilkan produk yang diperkaya dengan pelbagai khasiat dan vitamin.

Kajian dijalankan Food Facts Asia dengan kerjasama empat universiti di Asia ke atas remaja berusia antara 10 hingga 12 tahun yang mengamalkan sarapan rata-rata jauh lebih langsing dan kurang berdepan masalah berat badan berlebihan.

Bahkan, kajian di Amerika Syarikat ke atas 3,000 sukarelawan menunjukkan mereka dapat mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan unggul dengan hanya mengamalkan sarapan.

Walaupun ada banyak pilihan untuk sarapan seperti nasi lemak, mi atau mihun goreng, tetapi ramai lebih suka sarapan ringan dan ringkas. Ini termasuk roti, bijirin dimakan bersama susu serta jus buah yang tanpa disedari membekalkan banyak khasiat seperti Vitamin A, B (riboflavin dan folat) dan D, zat besi, kalsium serta zink.

Tabiat meninggalkan sarapan lebih kerap berlaku di kalangan orang dewasa kerana tidak sempat dan beranggapan mereka boleh tahan lapar. Bagaimanapun, sikap ini sebenarnya lebih banyak merugikan, terutama kepada mereka yang ingin mengurangkan berat badan.

Dalam keadaan lapar, kita terdorong untuk makan lebih banyak - bermakna lebih banyak kalori dan lemak dalam badan. Akibatnya, masalah berat badan kita tidak mungkin selesai dan mungkin lebih buruk.

Ramai beranggapan menyediakan sarapan berkhasiat mengambil banyak masa. Ia tidak semestinya betul.

Demi kesihatan, apa salahnya kita beralih daripada kebiasaan seperti sandwic roti berserat tinggi atau bijirin diperkaya vitamin serta susu dan buah-buahan segar boleh dihidang di atas meja dalam beberapa minit saja. Jika tidak sempat makan di rumah, bawalah bekal yang sudah disediakan ini ke tempat kerja.

Makanan kaya serat penting untuk melawaskan sistem perkumuhan dan mengawal berat badan. Untuk meningkatkan pengambilan serat harian, ambillah bijirin sarapan, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Awal tahun ini, ada baiknya jika kita memulakan tabiat baru dengan mengamalkan pengambilan sarapan yang sihat secara teratur. Caranya, sediakan bahan-bahan sarapan sebelum masuk tidur dan bangun awal setengah jam supaya anda boleh menikmati hari cemerlang!

Kurma Penuh Dengan Khasiat

SETIAP kali menjelang Ramadan, kurma pasti menjadi hidangan wajib untuk berbuka, walaupun hanya sebiji dua. Masa inilah beraneka jenis, rasa dan rupa kurma tiba-tiba muncul di pasaran yang kerap dijadikan hadiah atau buah tangan. Biar apapun bentuknya, kurma adalah buah-buahan yang mengandungi banyak khasiat. Masyarakat Arab contohnya percaya amalan memakan kurma bukan saja baik untuk kesihatan tetapi ia juga boleh menghaluskan kulit, memperbaiki kesihatan sistem pencernaan dan memberi tenaga kepada wanita hamil kerana ia dipercayai boleh membantu perkembangan otak bayi.

Kurma juga ada banyak kelebihan, antaranya:

  • Kaya dengan zat besi - sangat sesuai dimakan, terutama bagi wanita sedang haid dan orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah).
  • Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolesterol.
  • Kaya khasiat: Protein (1.8 hingga dua peratus), serat (dua hingga empat peratus), glukosa (50 hingga 57 peratus), Vitamin A dan C, sodium dan potassium.
  • Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa. Berbuka dengan kurma membuatkan kita berasa cepat kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan kita makan secara berlebihan.
  • Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim.
  • Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung.

Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as.

Clinics

Megaklinik Zahran
C-06-G, C-07-G,C-08-G
Plaza Paragon Point
Jalan Medan Pusat Bandar 5
Pusat Bandar Baru Bangi
Seksyen 9, BB Bangi
Phone: 603-8912 2524
http://www.megaklinikzahran.my

Poliklinik Bandar Teknologi Kajang
Phone: 603-8723 2024
Fax:      603-8723 2025

Poliklinik Bandar Tun Hussein Onn
Phone/Fax: 603-9081 8787

Info