Skip to content

Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah

English | Malay

Aktiviti
Bantuan Kemanusiaan Aman Palestin
Aktiviti
Ahad, 18 Julai 2010 17:13

Penyertaan Bersama Oleh Pengarah Urusan Abdul Rahman Mt Dali dan En Zaim Shaari

Bantuan kemanusiaan daripada Aman Palestin yang bernilai kira-kira USD100,000 dilaporkan telah selamat tiba di Gaza melalui sempadan Rafah pada pagi Ahad yang lepas, 4 Julai 2010 menurut perkembangan terkini yang dikeluarkan oleh Ikhwanweb.

Delegasi konvoi kemanusiaan Aman Palestin yang diketuai oleh Pengerusi Eksekutif yang juga Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman telah turut disertai oleh En Abdul Rahman Mt Dali (Pengarah Urusan Pusat Rawatan Islam Azzahrah, merangkap Timbalan Presiden ISMA dan juga En Zaim Shaari yang juga merupakan salah seorang Pengarah AZIM serta Pegawai Kanan Sumber Manusia dan Tugas-tugas Khas.

Teruskan...
 
Kunjungan Imam Muda - Astro Oasis
Aktiviti
Khamis, 15 Julai 2010 01:51

Kunjungan Imam Muda dan Krew Astro Oasis


Saksikan gambar-gambar para peserta Imam Muda di Galeri kami.

Pada 8 Julai 2010, Azzahrah telah menerima kunjungan daripada penerbit rancangan IMAM MUDA di saluran ASTRO OASIS. Turut serta pada kunjungan tersebut adalah para peserta Iman Muda yang berminat untuk menyaksikan sendiri perjalanan pengurusan Pusat Rawatan Islam Azzahrah, serta menyelami konsep Mesra Ibadah yang diamalkan di hospital kami. Mereka telah diberikan penerangan secara menyeluruh oleh Pengarah Urusan, En Abdul Rahman Mt Dali

Para peserta Imam Muda turut diberikan ceramah serta tips-tips berguna berkenaan dengan diet yang sihat oleh Pakar Dietetik kami, Pn Siti Hajar. Semasa penerangan berhubung diet yang sihat dan seimbang, para peserta Imam Muda telah menunjukkan minat yang mendalam dan bertanyakan banyak soalan-soalan yang dapat membantu dari segi aspek kesihatan & keperluan pemakanan seharian agar sentiasa sihat dan bertenaga.
Teruskan...
 
Kunjungan Nik Nur Madihah dan Datuk Bandar Bethalia, Gaza Palestin ke Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah (AZIM)
Aktiviti
Selasa, 29 September 2009 11:31
Pada 9 September 2009, Adik Nik Nur Madihah Bt Mohd, Penerima Anugerah Pelajar Terbaik SPM Malaysia 2008 telah menjadi tetamu khas Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah (AZIM). Beliau merupakan pelajar terbaik SPM 2008 setelah berjaya mendapat keputusan cemerlang iaitu sebanyak 20A.
Teruskan...