| Kunjungan Imam Muda - Astro Oasis |
| Aktiviti |
| Khamis, 15 Julai 2010 01:51 |
Kunjungan Imam Muda dan Krew Astro OasisSaksikan gambar-gambar para peserta Imam Muda di Galeri kami. Pada 8 Julai 2010, Azzahrah telah menerima kunjungan daripada penerbit rancangan IMAM MUDA di saluran ASTRO OASIS. Turut serta pada kunjungan tersebut adalah para peserta Iman Muda yang berminat untuk menyaksikan sendiri perjalanan pengurusan Pusat Rawatan Islam Azzahrah, serta menyelami konsep Mesra Ibadah yang diamalkan di hospital kami. Mereka telah diberikan penerangan secara menyeluruh oleh Pengarah Urusan, En Abdul Rahman Mt Dali
Para peserta Imam Muda turut diberikan ceramah serta tips-tips berguna berkenaan dengan diet yang sihat oleh Pakar Dietetik kami, Pn Siti Hajar. Semasa penerangan berhubung diet yang sihat dan seimbang, para peserta Imam Muda telah menunjukkan minat yang mendalam dan bertanyakan banyak soalan-soalan yang dapat membantu dari segi aspek kesihatan & keperluan pemakanan seharian agar sentiasa sihat dan bertenaga. Mereka juga telah meluangkan masa untuk menziarah pesakit-pesakit di hospital kami serta turut sama membacakan doa harian yang diamalkan di Pusat Rawatan Islam Azzahrah. Semoga dengan doa-doa ini dapat memberikan semangat dan dengan Izin ALLAH setiap penyakit dan setiap perkara serta kesembuhan itu berlaku adalah atas kehendak ALLAH. Seperkara lagi yang menarik perhatian kami ialah para peserta Imam Muda sangat berminat dan menjadi ceria apabila melalui bilik ‘Nurseri’ kami. Mereka begitu terhibur dan tersentuh dengan wajah-wajah bayi comel yang baru dilahirkan ke dunia. Kesempatan ini juga diambil oleh mereka untuk melakukan TAHNIK, atau yang dikenali dengan terhadap bayi merupakan salah satu daripada ajaran Nabi kita yang dilakukan sejurus selepas bayi dilahirkan. Para peserta Imam Muda turut meluangkan masa melawat AMPAC dan juga kaunter-kaunter lain di Pusat Rawatan Islam Azzahrah. Untuk pengetahuan, ramai juga peminat-peminat peserta Imam Muda ini adalah peminat-peminat cilik atau adik-adik kita yang mudah sekali mengenali para peserta Imam Muda. Kami di Pusat Rawatan Islam Azzahrah amat berterima kasih di atas kunjungan para peserta Imam Muda dan krew-krew Astro Oasis. Semoga dengan lawatan ini akan memberikan manfaat kepada semua dan kami di Pusat Rawatan Islam Azzahrah mengucakpan SELAMAT MAJU JAYA kepada semua peserta Imam Muda Astro Oasis. |