| Bantuan Kemanusiaan Aman Palestin |
| Aktiviti |
| Ahad, 18 Julai 2010 17:13 |
Penyertaan Bersama Oleh Pengarah Urusan Abdul Rahman Mt Dali dan En Zaim Shaari Bantuan kemanusiaan daripada Aman Palestin yang bernilai kira-kira USD100,000 dilaporkan telah selamat tiba di Gaza melalui sempadan Rafah pada pagi Ahad yang lepas, 4 Julai 2010 menurut perkembangan terkini yang dikeluarkan oleh Ikhwanweb. Delegasi konvoi kemanusiaan Aman Palestin yang diketuai oleh Pengerusi Eksekutif yang juga Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman telah turut disertai oleh En Abdul Rahman Mt Dali (Pengarah Urusan Pusat Rawatan Islam Azzahrah, merangkap Timbalan Presiden ISMA dan juga En Zaim Shaari yang juga merupakan salah seorang Pengarah AZIM serta Pegawai Kanan Sumber Manusia dan Tugas-tugas Khas. Pemergian mereka kali ini bagaimana pun tidak memperolehi kebenaran untuk menyeberangi sempadan Gaza-Mesir berikutan masalah komunikasi. Bantuan kemanusiaan yang diberikan adalah keperluan-keperluan asas termasuk ubat-ubatan dan susu untuk kanak-kanak. Walaupun tidak berjaya memasuki Gaza kali ini, ianya tidak mematahkan semangat juang delegasi-delegasi ini untuk terus memantau dan memastikan bantuan kemanusian rakyat Malaysia khususnya sampai kepada penduduk Palestine. Berikut merupakan laporan penuh yang dikeluarkan oleh Ikhwanweb: Malaysian aid convoy arrives in Gaza Strip Relief aid and medicines from the Aman Palestine Institute in Malaysia with an estimated worth of $100,000US arrived in Gaza on Sunday morning via the Egyptian Rafah crossing. The relief aid was accompanied by a delegation including 12 Malaysian notable personalities, consisting of representatives of Malaysian NGOs and television journalists, who were not granted permission to pass the crossing as a result of failure of coordination, according to the Egyptian crossing administration. Head of the Aman Palestine Institute in Malaysia, Abdullah Zeek, who is still waiting on clearance from the Egyptian government to enter the Gaza Strip, stated that the aid is reassurance to the Palestinian people that they are not isolated from the Islamic world, adding that the Malaysian people have a strong interest in the Palestinian cause and provide ongoing support for the people under siege in the Gaza Strip. For his part, Omar Siam, Executive Director of the Bureau of Aman Palestine in Gaza, confirmed that the aid arrived in Gaza, noting that it will be distributed to the needy and to medical institutions in the Strip. Source: Ikhwanweb |