Skip to content

Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah

English | Malay

Kempen Kutipan Amal Untuk Pembinaan Klinik Kesihatan Di Gaza Palestin
Pengumuman
Isnin, 12 Oktober 2009 11:31

Atas dasar keperihatinan dan rasa tanggungjawab, Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah (AZIM) dengan kerjasama Aman Palestin telah melancarkan tabung bagi membiayai pembinaan Klinik Kesihatan di Gaza. Fokus Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah (AZIM) terhadap projek ini ialah menyasarkan kutipan dana sebanyak RM250,000 bagi tujuan pembinaan tersebut.

Kesedaran ini bangkit selepas misi rombongan kemanusiaan, diketuai oleh Aman Palestin yang turut disertai oleh Pengarah Urusan Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah (AZIM), En Abdul Rahman Mt Dali untuk menyampaikan bantuan daripada rakyat Malaysia kepada rakyat Palestin di Gaza di samping melihat sendiri kesan pencerobohan Israel dan mangsa-mangsa kekejaman Israel di Gaza.

Di Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah (AZIM), kami membuka gerai dan menjalankan aktiviti jualan seperti makanan ringan, minuman, kek, buah-buahan dan berbagai lagi bagi mengutip dana untuk menjayakan projek ini.

Sekiranya anda ingin membantu, derma bolehlah disalurkan melalui akaun khas Maybank (5628 3400 2703) MEDI-CIRCLE Sdn Bhd. Kami akan memastikan kesemua wang yang diderma disalurkan ke saluran rasmi bagi tujuan pengeluaran bantuan dan amat berharap para individu dapat seikhlas hati menghulurkan bantuan agar pembinaan Klinik Kesihatan di Gaza dapat dilaksanakan dengan segera.

Semoga dengan sumbangan anda dapat meringankan beban yang ditanggung oleh saudara-saudara kita di Gaza. Mudah-mudahan sokongan anda menjayakan usaha murni ini mendapat keberkataan Allah SWT , Insya-Allah.

Share Link: Bookmark Google Yahoo MyWeb Del.icio.us Digg Facebook Myspace Reddit Ma.gnolia Technorati Stumble Upon