History & Background

Medi-Circle Sdn Bhdadalah sebuah syarikat milik penuh Bumiputera yang ditubuhkan pada Mac 1997. Syarikat ini telah ditubuhkan untuk meneroka di dalam perkhidmatan penjagaan kesihatan dan menjadi usaha kami untuk menjadi salah satu peneraju utama dalam industri ini. Kejayaan pertama kami dalam perkhidmatan perubatan ialah dengan penubuhan Pusat Rawatan Az-Zahrah Islam (AZIM) Bandar Baru Bangi, pada bulan Oktober 1997. Falsafah perkhidmatan kami sangat berorientasikan perkhidmatan pelanggan yang memberi penekanan kepada tahap profesionalisme yang tinggi, sekaligus telah membawa kemajuan yang ketara dalam perniagaan kami.. Moto kami adalah "Dengan Keperihatinan Kami Merawat dan Mendidik Pesakit kami".

Terdiri daripada pasukan yang berwibawa dan berkeupayaan di dalam pengurusan dan para perubatan profesional, Pusat Perubatan Islam Az-Zahrah (AZIM) telah mencatatkan pertumbuhan luar biasa dengan pencapaian kewangan dan sosial yang berterusan. Hari ini, kami menawarkan pelbagai rawatan perubatan yang khusus untuk memenuhi keperluan penduduk setempat yang semakin meningkat dan juga kawasan penduduk di sekitarnya.

Syarikat ini secara berterusan sentiasa bergerak ke arah memantapkan lagi latihan dan perkhidmatan perubatan yang terbaik untuk memenuhi operasi semasa . Pengukuhan berterusan dari segi pengurusan dan tenaga kerja akan merealisasikan peluang yang besar dalam industri penjagaan kesihatan.

Kini, Pusat Perubatan Islam Az-Zahrah (AZIM) yang dikenali sebagai Hospital Islam Az-Zahrah (HIAZ).

Company's Name : MEDI-CIRCLE SDN. BHD
Company Registration No. : 424904-V

BOARD OF DIRECTORS

Encik Abdul Rahman Mt Dali
Encik Zaim Shaari
Siti Hawa Abdul Karim

ADDRESS

No. 6, Medan Pusat Bandar 1, Seksyen 9,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Phone : 603-8921 2525 / 603-8925 9089
Fax : 603-8925 9525