Pendaftaran Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah menyediakan teknologi perkhidmatan terkini dalam proses pendaftaran para pelanggan kami. Pendaftaran lebih mudah dan cepat. Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah akan memastikan masa menunggu pelanggan dipercepatkan.
Tempat Menunggu Keselesaan pelanggan Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah amat diutamakan. Dengan ini kami sentiasa memastikan kawasan menunggu selesa, bersih dan ceria. TV dan kemudahan membaca akhbar tempatan juga disediakan. Tempat duduk juga mencukupi dan selesa untuk menampung jumlah pelanggan yang ramai.
Farmasi Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah menyediakan ubat-ubatan yang dijamin oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan yang terbaik mengikut piawaian antarabangsa. Kami memastikan ubat-ubatan ini sesuai dengan sakit pelanggan kami.
Tempat Permainan Kanak-kanak Kawasan permainan kanak-kanak disediakan bagi pelanggan Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah yang datang bersama anak-anak.
Ward Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah menyediakan bilik wad yang berhawa dingin lengkap dengan set televisyen, telefon dan bilik air.Wad yang ada terdiri dari bilik-bilik satu katil, dua katil, tiga katil dan empat katil.Kes-kes yang diterima adalah seperti bersalin, sakit puan, kanak-kanak, surgeri orthopedik dan perubatan.Juga terdapat Bilik Bersalin dan nurseri kepada pelanggan. Lihat Kadar Bilik.
Klinik Pesakit Luar - Perkhidmatan 24 jam
- Kemalangan dan kecemasan untuk pesakit luar
- Kesihatan Pekerja
- Ambulans
- Farmasi
|