Skip to content

Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah

English | Malay

Dengan Keprihatinan, Kami Merawat Pesakit Kami

Matlamat penubuhan Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah adalah untuk menyediakan rawatan kesihatan bagi semua peringkat masyarakat terutamanya yang mencari konsep rawatan Islam


Personal Trainer/Pelatih Peribadi

Azzahrah Women Wellness Center menyediakan perkhidmatan PERSONAL TRAINER atau PELATIH PERIBADI.

Hubungi kami di talian 03-8921 2626 untuk pertanyaan lanjut.

Disertakan beberapa sebab mengapa kita memerlukan pelatih peribadi dan mengapa keputusan menggunakan perkhidmatan pelatih peribadi tepat untuk anda.

Teruskan...
 
Bantuan Kemanusiaan Aman Palestin

Penyertaan Bersama Oleh Pengarah Urusan Abdul Rahman Mt Dali dan En Zaim Shaari

Bantuan kemanusiaan daripada Aman Palestin yang bernilai kira-kira USD100,000 dilaporkan telah selamat tiba di Gaza melalui sempadan Rafah pada pagi Ahad yang lepas, 4 Julai 2010 menurut perkembangan terkini yang dikeluarkan oleh Ikhwanweb.

Delegasi konvoi kemanusiaan Aman Palestin yang diketuai oleh Pengerusi Eksekutif yang juga Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman telah turut disertai oleh En Abdul Rahman Mt Dali (Pengarah Urusan Pusat Rawatan Islam Azzahrah, merangkap Timbalan Presiden ISMA dan juga En Zaim Shaari yang juga merupakan salah seorang Pengarah AZIM serta Pegawai Kanan Sumber Manusia dan Tugas-tugas Khas.

Teruskan...
 
Kunjungan Imam Muda - Astro Oasis

Kunjungan Imam Muda dan Krew Astro Oasis


Saksikan gambar-gambar para peserta Imam Muda di Galeri kami.

Pada 8 Julai 2010, Azzahrah telah menerima kunjungan daripada penerbit rancangan IMAM MUDA di saluran ASTRO OASIS. Turut serta pada kunjungan tersebut adalah para peserta Iman Muda yang berminat untuk menyaksikan sendiri perjalanan pengurusan Pusat Rawatan Islam Azzahrah, serta menyelami konsep Mesra Ibadah yang diamalkan di hospital kami. Mereka telah diberikan penerangan secara menyeluruh oleh Pengarah Urusan, En Abdul Rahman Mt Dali

Para peserta Imam Muda turut diberikan ceramah serta tips-tips berguna berkenaan dengan diet yang sihat oleh Pakar Dietetik kami, Pn Siti Hajar. Semasa penerangan berhubung diet yang sihat dan seimbang, para peserta Imam Muda telah menunjukkan minat yang mendalam dan bertanyakan banyak soalan-soalan yang dapat membantu dari segi aspek kesihatan & keperluan pemakanan seharian agar sentiasa sihat dan bertenaga.
Teruskan...
 
Pembukaan Poliklinik Azzahrah Bandar Tun Hussein Onn

Beroperasi 28 Jun 2010

Pusat Rawatan Islam Azzahrah akan memulakan operasi Poliklinik Azzahrah di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras pada 28 Jun 2010.
Poliklinik Azzahrah dilengkapi dengan peralatan X-Ray dan makmal. Kami juga memberikan perkhidmatan rawatan kecemasan serta ujian ‘Medical Check-up’ untuk 'pre-employment' dan juga pelajar yang lengkap. Kami amat mengalu-alukan kedatangan anda ke cawangan klinik Pusat Rawatan Islam Azzahrah ini pada hari tersebut.
Kami amat berterima kasih di atas sokongan terhadap perkhidmatan Pusat Rawatan Islam Azzahrah selama ini. JUMPA ANDA DI SANA!
Alamat:
POLIKLINIK AZZAHRAH
No. 1 Jalan Suarasa 8/3
Bandar Tun Hussein Onn, 43200 Cheras

Selangor

 
Lapar Selepas Melahirkan

Genap usia kehamilan tujuh bulan,aku menerima khabar meresahkan hati daripada suami. Dia terpaksa ke Brunei selama setahun atas projek usaha sama dengan Shell. Amat sukar dibayangkan bagaimana menghadapi trimester terakhir kehamilan tanpa suami di sisi.

Teruskan...
 



Stat Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday40
mod_vvisit_counterThis week427
mod_vvisit_counterThis month2386
mod_vvisit_counterAll91960

Online now: 3