Maternity Package - Aliya



Pakej Aliya
- RM 1990.00

Bagi ibu-ibu dan bakal ibu yang ingin kelahiran yang sempurna, Hospital Islam Az-Zahrah (HIAZ) Pakej Bersalin menyediakan setiap keperluan perubatan dan juga aktiviti pasca kelahiran.

Setiap pakej yang ditawarkan termasuk:

    - Rungdingcara daripada pakar Perbidanan dan Sakit Puan (Pakar Wanita)
    - Penginapan selama 2 hari 1 malam
    - Pemeriksaan saringan bayi(Neonatal) oleh Pakar Kanak Kanak
    - Ujian Kumpulan Darah dan suntikan asas imunisasi bagi kanak-kanak (Vitamin K, BCG, TSH dan Hepatitis B)


Terma dan Syarat

    - Bersalin normal
    - Bilik 2 katil
    - Bayaran secara tunai, debit atau kad kredit
    - Pemeriksaan 'Antenatal' sekurang-kurangnya 2 kali dengan Pakar Perbidanan
    - Pemeriksaan pertama mestilah dibawah 34 minggu kehamilan
    - Bayaran tempahan RM300 setelah selesai 2 kali temujanji dengan Pakar Perbidanan

Caj Tambahan Jika

    - Tinggal di wad melebihi 2 hari dan 1 malam
    - Caj 'On Call' untuk pakar perbidanan bagi selepas waktu pejabat dan cuti umum
    - Pemeriksaan pesakit di wad oleh pakar perbidanan melebihi 2 kali lawatan sehari
    - Pesakit berada di bilik bedah melebihi 4 jam
    - Ubat-ubatan dan peralatan perubatan tambahan
    - Prosedur-prosedur lain yang perlu dilakukan oleh Pakar Perbidanan seperti Vacuum, Forceps, Induction Augmentation dan sebagainya.

Pakej Ini terbatal sekiranya:

    - Kandungan kembar
    - Pesakit mempunyai penyakit berisiko seperti Hepatitis, Diabetes serius, Darah Tinggi Kronik dan sebagainya
    - Pernah menjalani pembedahan bersalin (LSCS)
    - Merancang kelahiran (birth plan)
    - Pesakit meminta bilik 1 katil (single room)