Pejabat Urusan

Assalamualaikum WBT. Semoga Di Rahmati Allah SWT

Hospital Islam Az-Zahrah (HIAZ) telah ditubuhkan bagi menawarkan perkhidmatan perubatan kepada masyarakat setempat terutamanya penduduk Bandar Baru Bangi. Dengan pendekatan memberi khidmat perubatan sebaik mungkin dengan harga yang berpatututan, HIAZ sejak dari mula telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan terkini kami telah memberikan perkhidmatan kepada lebih kurang 140,000 pesakit setahun.

Pada tahun 2015, InsyAllah hospital ke 2 kami akan dilancarkan di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Selangor. Ini adalah selaras dengan rancangan strategik HIAZ yang telah ditetapkan dalam kerangka meluaskan lagi perkhidmatan ke lokasi strategik di seluruh Negara.

Kami menghargai kesetiaan para pelanggan kami selama ini.

Terima Kasih.

En Abdul Rahman B Mt Dali