|
Az-Zahrah Home Nursing Service merupakan perkhidmatan terkini yang menawarkan khidmat rawatan susulan di rumah. Perkhidmatan ini merupakan pilihan yang lebih murah untuk merawat pesakit yang memerlukan penjagaan jangkamasa yang panjang.
Kami menawarkan khidmat:- Pemeriksaan selepas bersalin
- Pemeriksaan kesihatan (v sign)
- Penjagaan bayi dan penyusuan
- Penjagaan selepaspembedahan
- Penjagaan lanjutan kes perubatan
- Urut tradisional selepas bersalin
Yang paling utama orang yang anda sayangi berada disisi anda sepanjang tempoh rawatan. SYARAT PENYERTAAN - Dirujuk oleh pakar perubatan, pakar bedah, pakar perbidanan dan sakit puan dan lain-lain pakar yang merujuk untuk rawatan susulan di rumah.
- Pesakit yang bermasalah untuk datang ke hospital dari segi kos rawatan, pengangkutan, penjagaan, masa dan beberapa hal lain.
JENIS RAWATAN / PENJAGAAN - Kes Perubatan, Pembedahan dan Kecederaan
- Pengawasan tekanan darah, pengiraan nadi pernafasan dan suhu badan
- Penjagaan usus besar dan penukaran beg air kencing
- Penggunaan tiub (gastro feeding)
- Penjagaan luka (dressing)
- Pemberian ubat-ubatan dan suntikan
- Program bimbingan Pelajar Kesihatan
- Kos rawatan:
- Termasuk kos penjagaan / rawatan, pengangkutan dan peralatan dari RM50.00++ setiap lawatan
- Caj tambahan sebanyak RM0.60 setiap KM dikenakan jika jarak dari Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah (AZIM) melebihi 10km
- Penjagaan Selepas Bersalin (Postnatal care)
- Pemeriksaan tekanan darah dan vital sign
- Penjagaan bayi, memandikan bayi dan rawatan tali pusat bayi
- Pemeriksaan dan penjagaan rawatan selepas pembedahan termasuk jahitan, luka serta penjagaan payudara
- Program bimbingan Pelajar Kesihatan
- Kos rawatan:
- Pakej 3 hari RM150.00 setiap lawatan
- Pakej 5 hari RM225.00 setiap lawatan
- Caj tambahan sebanyak RM0.60 setiap KM dikenakan jika jarak dari Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah (AZIM) melebihi 10km
- Khidmat Penjagaan Ibu Selepas Bersalin
- Penjagaan ibu selepas bersalin amat penting demi kesihatan jangkamasa panjang ibu dan menjamin suami bertambah sayang.
- Rawatan termasuk mandian serum semulajadi, urutan regangan, bertungku, barut dan bengkung, berbedak, berpilis, sapuan minyak dll.
|