Matlamat penubuhan Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah adalah untuk menyediakan rawatan kesihatan bagi semua peringkat masyarakat terutamanya yang mencari konsep rawatan Islam
| Lapar Selepas Melahirkan |
|
Genap usia kehamilan tujuh bulan,aku menerima khabar meresahkan hati daripada suami. Dia terpaksa ke Brunei selama setahun atas projek usaha sama dengan Shell. Amat sukar dibayangkan bagaimana menghadapi trimester terakhir kehamilan tanpa suami di sisi. Walaupun sudah mempunyai tiga orang cahaya mata, kehadiran suami ketika ingin bersalin, amat aku harapkan. Namun aku sedaya upaya redha dengan ketentuan ALLAH S.W.T. Sepanjang ketiadaan suami, aku melalui hari-hari seperti biasa. Masih aku ingat, semua orang di dalam bilik bersalin sibuk mengadakan persiapan menyambut bayi kerana tidak menjangka laluan serviks terbuka sebegitu pantas. Apabila air ketuban dipecahkan Dr. Fazlina, dia memberitahu serviks terbuka 7sm tetapi kedudukan bayi masih tinggi. Akhirnya, Dr. Fazlina membenarkan aku meneran. Sekali teran, tiada apa-apa berlaku.Dua kali teran,aku terdengar jururawat memberitahu Dr. Fazlina kepala bayiku sudah kelihatan. Tiga kali teran,lahirlah bayi lelakiku Muhammad Thaqif. Walaupun terkilan suami tidak berada di sisi amat tetap gembira dan bersyukur kerana segalanya berakhir tanpa kesulitan. Aku amat berterima kasih kepada Dr. Fazlina kerana sentiasa menenangkanku dalam menghadapi saat-saat kelahiran. Ketika doktor sibuk melakukan jahitan, tiba-tiba aku terasa amat lapar dan dahaga. Dengan selambanyanya aku meminta kebenarannya untuk makan. Tidak lama kemudian, j ururawat membawa secawan air Milo dan dua keping roti kepadaku sewaktu masih berada di dalam bilik bersalin. Sesudahku anakku dibersihkan,dia diberikan kepadaku. Perkara pertama yang terlintas di dalam kepalaku ialah siapa yang akan mengazankan anakku. Dalam keadaan kelam kabut tadi, aku tidak sempat meminta ibu bapaku datang ke Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah. Suamiku juga belum menerima khabar bahawa aku telah selamat melahirkan. Air mataku terasa ingin keluar semula. Dr. Fazlina menenangkanku lalu berjanji mencari seseorang untuk mengazankan anakku. Dipendekkan cerita, anakku diazankan oleh staf lelaki di situ. Kemudian, dia diazankan sekali lagi oleh ayahku yang datang melawat. Akhir sekali dia diazankan suamiku yang tiba dari Brunei sekitar jam 12 tengah malam. Doaku moga Thakif akan menjadi anak yang baik dan soleh kelak. Dahlia Zawawi, Kajang, Selangor |