Ia adalah percuma bahkan ia suplemen dan terapi paling ajaib buat tubuh. Bahkan menjadi ubat paling murah buat tubuh yang kesakitan! Ia adalah health booster buat semua! Berikut merupakan 10 kelebihan berlari seperti yang dipetik dari Exercise:The Best Medicine.
Mood dan mental yang baik
Berlari menyebabkan tubuh memproduksi endorfin, hormon yang membuat anda rileks dan riang. Ia membantu mencegah terjadinya depresi, rasa gelisah dan bipolar.
Menguruskan badan
Pembakaran kalori secara purata antara 70 hingga 80 kalori setiap kilometer dan sejam berlari mampu membakar sehingga 800 kalori!
Risiko diabetes turun 40 peratus
Individu yang berlari lima kali seminggu pada kadar 30 minit risiko untuk menghidap diabetes tahap 2 menurun sehingga 40 peratus.
Mencegah osteoporosis
Berlari meningkatkan kepadatan tulang khususnya di bahagian punggung, pinggul, dan kaki hingga mampu menjauhkan osteoporosis. Jisim tulang para pelari ternyata lebih baik berbanding atlet aerobik lain menurut para pengkaji daripada University of Missouri.
Kreatif
Dalam satu penyelidikan yang dijalankan kepada para pekerja di England mendapati bahawa seseorang yang mengamalkan rutin berlari mampu meminimumkan kesalahan di tempat kerja selain menjadi lebih kreatif, fokus dan berkeyakinan.
Mengawal nafsu makan
Penelitian yang diterbitkan dalam International Journal of Obesity, mengungkapkan berlari menurunkan tingkat hormon ghrelin yang dikatakan merangsang nafsu makan, dan peningkatan kadar laktat darah dan gula darah, yang telah terbukti untuk mengurangkan nafsu makan berbanding olahraga lain.
Meningkatkan koordinasi tubuh
Bila anda mempunyai rutin berlari di medan yang variatif, kemampuan koordinasi tubuh menjadi sangat baik menjadikan anda seorang yang seimbang dan tidak mudak jatuh.
Hindari nyanyuk
Individu yang berlari 56km seminggu mampu berfikir lebih panjang dan bervisi, berbanding mereka yang berlari hanya 16km seminggu. Journal of American Geriatrics Society melaporkan, seseorang yang rajin berlari seawal usia remaja akan mengurangkan risiko mengidap nyanyuk semasa usia emas.
Melancarkan Pernafasan
Di dalam satu penyelidikan, pengkaji telah menyarankan sejumlah pengidap asma untuk berlari secara rutin. Selepas tiga bulan, didapati pernafasan mereka lebih lancar, bersih dan tidak mengeluarkan bunyi selain imuniti turut meningkat.
Kanser payudara turun 30 peratus
Di kalangan wanita, dikatakan berlari mampu menurunkan risiko kanser payudara sehingga 30 peratus.