Sudahkah anda melakukan saringan kanser?

Sudahkah anda melakukan saringan kanser?

[av_one_full first min_height=” vertical_alignment=” space=” custom_margin=” margin=’0px’ row_boxshadow=” row_boxshadow_color=” row_boxshadow_width=’10’ link=” linktarget=” link_hover=” padding=’0px’ highlight=” highlight_size=” border=” border_color=” radius=’0px’ column_boxshadow=” column_boxshadow_color=” column_boxshadow_width=’10’ background=’bg_color’ background_color=” background_gradient_color1=” background_gradient_color2=” background_gradient_direction=’vertical’ src=” background_position=’top left’ background_repeat=’no-repeat’ animation=” mobile_breaking=” mobile_display=” av_uid=”]

[av_image src=’https://azzahrah.my/v2/wp-content/uploads/2020/06/cancer2-01.png’ attachment=’3322′ attachment_size=’full’ align=’center’ styling=” hover=” link=” target=” caption=” font_size=” appearance=” overlay_opacity=’0.4′ overlay_color=’#000000′ overlay_text_color=’#ffffff’ copyright=” animation=’no-animation’ av_uid=’av-kbhdfgag’ admin_preview_bg=”][/av_image]

[/av_one_full][av_textblock size=’16’ font_color=” color=” av-medium-font-size=” av-small-font-size=” av-mini-font-size=” av_uid=’av-kbhexl4m’ admin_preview_bg=”]
Pemeriksaan kesihatan secara berkala mampu mencegah dan mengesan penyakit kanser pada peringkat awal. Ketahui jenis-jenis pemeriksaan yang sesuai untuk saringan kanser.

Kenapa perlu buat saringan kanser?

Ujian saringan penting untuk pengesanan awal penyakit kanser  kerana seseorang mungkin tidak mempunyai gejala langsung atau sakit yang serius.

Ada sesetengah saringan seperti kolonoskopi dapat mengesan dan membuang ketumbuhan polip sebelum sempat berubah menjadi kanser.

Ada juga saringan yang dapat mengesan kanser lebih awal iatu tahap 1-2 yang mana peluang untuk sembuh lebih tinggi berbanding apabila kanser dikesan pada tahap 3-4.

Bilakah waktu yang terbaik untuk saya lakukan saringan kanser?

Terdapat beberapa panduan pada umur berapa dan seberapa kerap seseorang itu sesuai melakukan saringan kanser.

**Perlu diingatkan sekiranya anda berisiko tinggi seperti berumur lanjut, sejarah keluarga menghidap kanser dan mempunyai gejala yang membimbangkan, sebaiknya anda berjumpa dengan doktor peribadi anda secepat mungkin.

Kanser Kolorektal

Lazimnya, seseorang patut memulakan saringan pada umur 50 tahun. Namun,  golongan yang mempunyai risiko tinggi sepatutnya memulakan saringan lebih awal. Antara jenis ujian yang boleh dilakukan adalah Fecal occult blood, kolonoskopi dan sigmoidoskopi. Ujian Faecal Occult Blood akan mengesan darah dalam sampel najis pesakit. Ujian kolonoskopi dan sigmoidoskopi akan mengesan ketumbuhan polip dalam saluran rectum dan kolon. Doktor akan menyarankan saringan yang sesuai untuk anda.

Kanser payudara

Semua wanita perlu membuat pemeriksaan sendiri payudara setiap bulan untuk supaya anda dapat mengesan perubahan pada bentuk, benjolan dan ketulan pada payudara. Bagaimanapun, anda tetap perlu mengesahkan symptom tersebut dengan pemeriksaan klinikal oleh doktor.

Golongan wanita sebolehnya melakukan ujian saringan pada bermula umur 40-45 tahun melainkan mereka yang berisiko tinggi perlu bermula seawal 30 tahun. Ujian mammogram boleh dilakukan di hospital setiap dua tahun atau setiap tahun apabila berumur 55 tahun ke atas. Ketika ujian mammogram ini, imej payudara diambil melalui sinar-X yang boleh mendiagnos kanser payudara pada peringkat awal ketika ketulan terlalu kecil untuk dikesan oleh pemeriksaan klinikal.

Sekiranya struktur tidak normal dijumpai, doktor akan membuat pemeriksaan lanjut seperti ujian ultrasound, biopsy dan ujian sitology (Cytology-Fine Needle Aspiration) untuk mengesahkan kanser payudara.

Kanser serviks

Antara saringan yang sering disebutkan adalah ujian Pap Smear. Ujian Pap Smear agak unik kerana dapat mengesan perubahan tidak normal pada sel-sel di serviks sebelum kanser itu terjadi. Golongan wanita yang berumur di antara 21 sehingga 65 tahun sebaiknya melakukan ujian Pap Smear setiap 3 tahun.

Selain itu anda boleh melakukan ujian diagnostik Human Papilloma Virus(HPV) mengikut sejarah penyakit, gaya hidup dan atas saranan doktor. Jangkitan HPV akan menyebabkan perubahan tidak normal pada serviks.

Harus diingatkan keputusan pap smear yang tidak normal dan ujian HPV yang positif tidak semestinya bermaksud telah menghidap kanser. Doktor perlu membuat pemeriksaan tambahan untuk pengesahan,

 Kanser Prostat

Golongan lelaki boleh memulakan saringan pada umur 50 tahun atau lebih awal pada umur 40-45 tahun bagi yang berisiko. Kebiasaannya ujian darah Prostate Spesifik Antigen (PSA) akan dibuat untuk mengukur paras PSA, iatu sejenis protein yang dihasilkan oleh sel prostat dalam badan. Kebiasaannya bacaan PSA akan tinggi dalam penghidap kanser. Namun bacaan ini juga akan menjadi tinggi dalam keadaan jangkitan dan benign prostatic hyperplasia.

Jadi paras PSA yang tinggi perlu disahkan bersama ujian-ujian saringan lain seperti pemeriksaan rektal digital, ultrasound, ujian aliran kencing dan lain-lain yang mana doktor anda rasakan sesuai.

Secara amnya, perlu diingatkan bahawa saringan-saringan ini mungkin membawa kepada keputusan false-positive atau false-negative dan kemungkinan kepada over-diagnosis dan over-treatment, maka pemeriksaan komprehensif akan dibuat untuk pengesahan kanser. Bincang dengan doktor anda sebelum melakukan saringan kanser dan fahami kemungkinan hasil dari pemeriksaan yang anda lakukan.

SUMBER
https://www.cancer.gov/
https://www.cancer.org

[/av_textblock]