Benarkah bersalin induce lebih menyakitkan dari bersalin alami?

Benarkah bersalin induce lebih menyakitkan dari bersalin alami?

[av_image src=’https://azzahrah.my/v2/wp-content/uploads/2019/10/bersalin-induce-1500×630.jpg’ attachment=’3040′ attachment_size=’featured_large’ align=’center’ styling=” hover=” link=” target=” caption=” font_size=” appearance=” overlay_opacity=’0.4′ overlay_color=’#000000′ overlay_text_color=’#ffffff’ copyright=” animation=’no-animation’ av_uid=’av-k21l1fn6′ admin_preview_bg=”][/av_image]

[av_textblock size=” font_color=” color=” av-medium-font-size=” av-small-font-size=” av-mini-font-size=” av_uid=’av-k21l048w’ admin_preview_bg=”]

Apakah sebenarnya prosedur induce?

Prosedur induce atau nama sebenarnya dalam bahasa Inggeris iaitu “Induction of labour” adalah prosedur dimana proses kelahiran dimulakan melalui beberapa kaedah-kaedah dan bukannya terhasil secara sendiri atau semulajadi.

Proses kelahiran semulajadi bermula dengan pengecutan  dan penyenduran otot rahim secara berselangan atau kontraksi uterus dan diikuti dengan pembukaan pangkal rahim/servix. Kontraksi uterus akan menyebabkan pergerakan kepala bayi kebawah dan ini akan menggalakkan pembukaan pangkal rahim sehingga bayi dapat dilahirkan.

Bagaimana ia membantu proses kelahiran?

Kaedah induce dengan menggunakan ubat-ubatan seperti ‘prostaglandin’ atau Pitocin boleh membantu mempercepatkan proses kelahiran.

Prostaglandin akan menyebabkan pangkal rahim atau servix menjadi lebih lembut dan ini akan memudahkan pembukaan selanjutnya semasa proses kelahiran. Ia juga boleh mencetuskan kontraksi rahim pada masa yang sama.

Pitocin pula akan mencetuskan kontraksi rahim yang lebih konsisten dan teratur dimana proses kelahiran bayi akan bermula.

Biasanya golongan ibu hamil mana yang perlu menjalani induce?

Indikasi prosedur induce dan masa induce ditentukan oleh doktor yang merawat setelah pemeriksaan dan pemantaun dibuat sepanjang kehamilan ibu. Secara amnya jika doktor merasakan yang bayi tidak lagi selamat jika dibiarkan untuk berada didalam rahim ibu lebih lama atau keadaan ibu lebih selamat jika melahirkan bayi segera maka keputusan untuk prosedur induce akan dibuat jika ianya bersesuaian dengan kandungan dan kesihatan ibu.

Golongan ibu hamil yang memerlukan prosedur ini:

  1. Kehamilan yang telah melebihi tarikh jangkaan kelahiran atau “overdue”
  2. Ibu yang mempunyai penyakit seperti darah tinggi atau Diabetes
  3. Bayi kurang pergerakan terutama jika  kehamilan telah matang
  4. Kandungan yang bermasalah seperti 
  • Bayi yang kecil dan tidak membesar mengikut umur kandungan atau” fetal growth restriction
  • Bayi yang besar daripada umur kandungan atau “big baby
  • Index bendalir Amnion/Air ketuban atau Amniotic fluid index yang tidak normal samada urang atau berlebihan
  • Bayi meninggal di dalam kandungan
  1. Pecah air ketuban

Adakah ada risiko tertentu untuk prosedur ini?

Ya. Antara risiko induce adalah stimulasi pengecutan otot rahim yang berlebihan atau uterine hyperstimulation. Ini boleh menyebabkan kesakitan kontraksi rahim yang bersangatan dan penurunan tahap pembekalan oksigen kepada bayi seterusnya menyebabkan keadaan “fetal distress”. Bayi akan menunjukkan tanda “distress” ini dengan kelainan denyutan jantung  atau pengeluaran meconium/najis.

Jika prosedur tidak berjaya maka ibu perlu menjalani pembedahan Caesarean.

Selain itu, ada kemungkinan untuk mendapat jangkitan bakteria kepada bayi  jika proses kelahiran terlalu lama. Ada juga kes rahim pecah, namun ini sangat-sangat jarang berlaku.

Apakah jenis-jenis induce yang biasa digunakan?

Prosedur induce yang selalu digunakan ialah:

  1.  “Membrane sweep” di mana doktor akan memeriksa keadaan pangkal rahim ibu dan membantu pembukaannya  dengan menggunakan jari. Prosedur ini boleh mencetuskan pengeluaran prostaglandin semulajadi dan ini boleh menyebabkan kontraksi rahim berlaku secara semulajadi.
  2. Prostaglandin vaginal pessary/gel-ubat prostaglandin akan diletakkan didalam vagina untuk melembutkan pangkal rahim dan mencetuskan kontraksi rahim
  3. Amniotomy-dimana selaput kantung bayi dipecahkan dengan menggunakan amniotic hook untuk mengeluarkan air ketuban
  4. Suntikan ubat Pitocin/oxytocin secara infusi pump-infusi Pitocin/oxytocin ini akan menyebabkan kontraksi rahim lebih kerap,teratur dan lebih kuat secara perlahan-lahan bergantung kepada dos yang diberikan.

Benarkah proses induce lebih menyakitkan berbanding kontraksi semulajadi?

Ya,  walaubagaimana pun ianya bergantung kepada persepsi setiap ibu terhadap rasa sakit. Proses kontraksi secara semulajadi selalunya berlaku secara perlahan-lahan dimana ibu selalunya dapat mengawal penerimaan rasa sakit yang lebih baik jika ianya bermula secara perlahan-lahan tetapi kontraksi yang dicetuskan oleh ubat-ubatan boleh berlaku secara tiba-tiba dengan kekuatannya bermula dengan kadar yang lebih tinggi.

Artikel oleh :

Dr. Rusinahayati Mokhtarudin

Pakar Sakit Puan dan Perbidanan

Hospital Islam Az-Zahrah
[/av_textblock]