Disangka muntah-muntah kerana hamil, rupanya…
Muslim woman wear a green head covering sitting in a wheelchair, like she is having a headache.

Disangka muntah-muntah kerana hamil, rupanya…

[av_one_full first min_height=” vertical_alignment=” space=” custom_margin=” margin=’0px’ row_boxshadow=” row_boxshadow_color=” row_boxshadow_width=’10’ link=” linktarget=” link_hover=” padding=’0px’ highlight=” highlight_size=” border=” border_color=” radius=’0px’ column_boxshadow=” column_boxshadow_color=” column_boxshadow_width=’10’ background=’bg_color’ background_color=” background_gradient_color1=” background_gradient_color2=” background_gradient_direction=’vertical’ src=” background_position=’top left’ background_repeat=’no-repeat’ animation=” mobile_breaking=” mobile_display=” av_uid=’av-2rr91u’]
[av_image src=’https://azzahrah.my/v2/wp-content/uploads/2020/09/kanser-perut-1500×630.jpg’ attachment=’3427′ attachment_size=’featured_large’ align=’center’ styling=” hover=” link=” target=” caption=” font_size=” appearance=” overlay_opacity=’0.4′ overlay_color=’#000000′ overlay_text_color=’#ffffff’ copyright=” animation=’no-animation’ av_uid=’av-kfdp4jhm’ admin_preview_bg=”][/av_image]
[/av_one_full]

[av_one_full first min_height=” vertical_alignment=” space=” custom_margin=” margin=’0px’ row_boxshadow=” row_boxshadow_color=” row_boxshadow_width=’10’ link=” linktarget=” link_hover=” padding=’0px’ highlight=” highlight_size=” border=” border_color=” radius=’0px’ column_boxshadow=” column_boxshadow_color=” column_boxshadow_width=’10’ background=’bg_color’ background_color=” background_gradient_color1=” background_gradient_color2=” background_gradient_direction=’vertical’ src=” background_position=’top left’ background_repeat=’no-repeat’ animation=” mobile_breaking=” mobile_display=” av_uid=”][/av_one_full]

[av_one_full first min_height=” vertical_alignment=” space=” custom_margin=” margin=’0px’ row_boxshadow=” row_boxshadow_color=” row_boxshadow_width=’10’ link=” linktarget=” link_hover=” padding=’0px’ highlight=” highlight_size=” border=” border_color=” radius=’0px’ column_boxshadow=” column_boxshadow_color=” column_boxshadow_width=’10’ background=’bg_color’ background_color=” background_gradient_color1=” background_gradient_color2=” background_gradient_direction=’vertical’ src=” background_position=’top left’ background_repeat=’no-repeat’ animation=” mobile_breaking=” mobile_display=” av_uid=”]

[av_textblock size=’14’ font_color=” color=” av-medium-font-size=” av-small-font-size=” av-mini-font-size=” av_uid=’av-kfdpchbs’ admin_preview_bg=”]

Perkongsian pengalaman oleh Dr Mohamad Salleh Abdul Aziz, Pakar Bedah Am Hospital Islam Az-Zahrah.
Saya ingin kongsikan sebuah pengalaman pahit buat seorang pesakit yang masih muda dan belum berkahwin. Umur beliau baru saja menjangkau 33 tahun dan masih lagi berusaha mencari pasangan. Selama 3 tahun, beliau kerap mengalami sakit perut di bahagian ulu hati. Hampir setiap hari. Sudah banyak klinik dan farmasi beliau kunjungi, cuma sekadar perkataan gastrik dan angin sahaja yang didengari.
Asalnya beliau rasa, ini sakit biasa sahaja dan boleh baik dengan ubat. Namun, walaupun dan berbakul-bakul ubat gastrik beliau beli, tapi sakit tak juga berkurang.Sehinggalah 2 bulan kebelakangan ini, beliau mengalami muntah-muntah dan sakit perut serta muka yang pucat. Ramai kawan-kawan beliau menegur. “Ni mesti mengandung ni. Cubalah pergi buat ujian kehamilan.”
Fuhh nasib baik keputusannya negatif. Lagi susah nak menjawab cemuhan masyarakat nanti dari susah menanggung sakit.
Namun muntah-muntah nya masih tak hilang. Hampir setiap kali makan, beliau akan muntah. Akhirnya, dengan nekad yang padu, beliau melangkah kaki berjumpa dengan saya. Setelah pemeriksaan dibuat dan endoskopi di bahagian perut telah berjaya dijalankan. Hasilnya memang memeranjatkan! Kami menemui kanser yang besar di bahagian atas perut. Patutlah dia asyik muntah-muntah. Dapatan ini telah dipastikan dengan CT scan.
Saya berasa amat kasihan kepada pesakit saya ini. Pada umur masih muda sudah mendapat kanser. Pengajaran untuk saya dan sesiapa di luar sana, kalau sakit perut dan muntah yang berterusan, tolonglah buat pemeriksaan lanjut.

[/av_textblock]

[/av_one_full][av_one_full first min_height=” vertical_alignment=” space=” custom_margin=” margin=’0px’ row_boxshadow=” row_boxshadow_color=” row_boxshadow_width=’10’ link=” linktarget=” link_hover=” padding=’0px’ highlight=” highlight_size=” border=” border_color=” radius=’0px’ column_boxshadow=” column_boxshadow_color=” column_boxshadow_width=’10’ background=’bg_color’ background_color=” background_gradient_color1=” background_gradient_color2=” background_gradient_direction=’vertical’ src=” background_position=’top left’ background_repeat=’no-repeat’ animation=” mobile_breaking=” mobile_display=” av_uid=”]

[av_textblock size=’14’ font_color=” color=” av-medium-font-size=” av-small-font-size=” av-mini-font-size=” av_uid=’av-kfdpchbs’ admin_preview_bg=”]

Apakah itu ujian endoskopi?
1.Ujian endoskopi atau OGDS (oesophagogastroduodenoscopy) adalah prosedur bagi pemeriksaan pada bahagian atas salur pemakanan pesakit. Ini melibatkan pemeriksaan pada bahagian esofagus, perut dan duodenum.
2.Prosedur OGDS ini melibatkan penggunaan kabel gentian optik yang dipasangkan kamera pada hujungnya dan dimasukkan melalui mulut pesakit.
3.Pemeriksaan ini membantu doktor untuk menyiasat punca datangnya gejala seperti muntah-muntah, gastrik, pedih ulu hati dan sebagainya.
4. Doktor juga boleh mendiagnos penyakit dengan mengambil sampel tisu (biopsi) untuk pemeriksaan.
5.Dalam sesetengah keadaan, doktor menjalankan endoskopi untuk rawatan polip dan pendarahan.

[/av_textblock]

[/av_one_full]