Utama / Perkhidmatan Utama / Kelas Penyusuan Susu Ibu

Kelas Penyusuan Susu Ibu

Panduan Praktikal untuk Ibu Hamil & Ibu Baru Bersalin

Penyusuan susu ibu merupakan asas penting dalam perkembangan awal bayi. Namun bagi ramai ibu, proses penyusuan sering datang bersama pelbagai persoalan seperti teknik yang betul, masalah penyusuan, atau persediaan kembali bekerja.

Bagi membantu ibu memahami proses ini dengan lebih yakin, Hospital Islam Az-Zahrah Bandar Baru Bangi menganjurkan Kelas Penyusuan Susu Ibu yang dikendalikan oleh Kaunselor Laktasi dan Pakar Psikologi Klinikal.

Kelas ini memberi penerangan praktikal serta sokongan emosi kepada ibu supaya perjalanan penyusuan menjadi lebih lancar dan selesa.

Program ini sesuai untuk ibu dari kawasan sekitar seperti:

  • Bangi
  • Kajang
  • Putrajaya
  • Cyberjaya
  • Semenyih
  • Seri Kembangan

Yuran Penyertaan: RM59 seorang

Tarikh program:
25 April 2026 (Sabtu)

Masa:
8:30 pagi – 1:00 petang

Lokasi:
Hospital Islam Az-Zahrah, Bandar Baru Bangi

Tempat adalah terhad kepada 20 peserta WANITA sahaja bagi memastikan sesi pembelajaran lebih fokus dan interaktif.

Apa Yang Akan Dipelajari

1. Teori & Amali Penyusuan
  • Teknik penyusuan yang betul
  • Posisi penyusuan yang selesa
  • Cara memastikan bayi melekap dengan baik
2. Persediaan Kembali Bekerja
  • Teknik pam susu yang berkesan
  • Cara menyimpan susu ibu dengan betul
  • Perancangan jadual penyusuan untuk ibu bekerja
3. Keadaan & Masalah Penyusuan
  • Payudara bengkak
  • Bayi sukar menyusu
  • Isu penghasilan susu ibu
4. Pengurusan Emosi Ibu Menyusu
  • Mengurus tekanan selepas bersalin
  • Sokongan psikologi untuk ibu menyusu
  • Kepentingan kesejahteraan emosi ibu

Terma & Syarat

  • Disyorkan kepada ibu hamil dan ibu yang baru melahirkan anak
  • Penyertaan WANITA sahaja
  • Tempat adalah terhad kepada 20 peserta

Sambut Kelahiran Si Manja dengan Pakej Bersalin Hospital Islam Az-Zahrah

Sambut detik kelahiran si manja dengan penuh ketenangan dengan . Setiap ibu bakal menikmati pengalaman bersalin yang selesa, selamat dan mesra ibadah.

Pakej ini merangkumi konsultasi bersama pakar perbidanan serta pakar kanak-kanak, suntikan imunisasi asas bayi, ujian darah, nurseri bayi, penginapan, makanan, serta ubatan standard.

Kenali Pakar Perbidanan & Sakit Puan Hospital Islam Az-Zahrah

Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Islam Az-Zahrah – Senarai Doktor Wanita

Di Hospital Islam Az-Zahrah, kami memahami keperluan wanita untuk mendapatkan rawatan yang selamat, selesa dan mesra ibadah. Barisan doktor pakar perbidanan & sakit puan wanita kami berdedikasi dalam memberikan rawatan menyeluruh, dari penjagaan kehamilan, proses kelahiran, kesihatan reproduktif, hingga rawatan kesuburan.

Dengan kepakaran dan pengalaman luas, doktor kami komited memastikan setiap pesakit mendapat layanan terbaik, penuh kasih sayang serta mematuhi nilai-nilai Islam. Sama ada anda merancang kehamilan, sedang hamil atau memerlukan rawatan khusus wanita, Hospital Islam Az-Zahrah sedia menjadi pilihan anda.

Scroll to Top

Dr. Mohd Hezery Harun

MD (USM), Doc. Ortho. & Traumatology (UKM)

WAKTU KLINIK

Sila rujuk jadual doktor yang kami sediakan bagi memudahkan anda untuk membuat sebarang perancangan jika perlu.

Hari Pagi Petang
Khamis
17:00 – 20:00

Kongsi di media sosial: