Jom Ramai-Ramai Memeriahkan Hari Karnival Az-Zahrah

Pelbagai Aktiviti Menarik

Family Explorace

Pakaian Beragam

Da'i Cilik

Pelbagai Gerai Jualan

Perkhidmatan Kesihatan

Terma & Syarat Pertandingan Family Explorace

Penyertaan ahli kumpulan:

  • Penyertaan setiap kumpulan adalah minimum 2 orang.
  • Bentuk penyertaan yang dibenarkan adalah seperti berikut:
  • Ayah, ibu & anak
  • Penjaga & kanak-kanak
  • Anak mestilah berumur antara 7 – 12 tahun sahaja.
  • Sekurang-kurangnya seorang peserta mestilah berumur 18 tahun ke atas (ayah/ibu/penjaga).

Tema pakaian baju peserta:

  • Peserta digalakkan memakai baju sukan dengan warna yang sama untuk setiap kumpulan.
  • Pilihan warna pakaian adalah Biru, Kuning, Hijau atau Pink.
  • Digalakkan salah seorang anak memakai baju Az-Zahrah kids Premium Club.

Yuran penyertaan:

  • Yuran penyertaan ialah RM50 untuk setiap keluarga.
  • *Kadar istimewa RM20 untuk keluarga yang telah membeli Kit Kanak-Kanak Az-Zahrah.

Terma & Syarat Pertandingan Pakaian Beragam

Tema: Misi Menyelamatkan Nyawa

Peserta digalakkan berpakaian seperti anggota penyelamat (contoh: bomba, polis, doktor, jururawat, JPAM, paramedik, tentera, dll.)

Syarat penyertaan:

  • Terbuka kepada kanak-kanak berumur 2 hingga 11 tahun sahaja.
  • Setiap peserta hanya boleh masuk satu kategori.
  • Pakaian hendaklah menepati tema dan sopan / menutup aurat.
  • Peserta boleh membawa props ringkas (contoh stetoskop, walkie-talkie, helmet keselamatan).
  • Peserta tidak dibenarkan membawa props berbahaya (contoh senjata tajam, mercun, api).
  • Pakaian boleh dibuat sendiri atau disewa, asalkan kreatif dan sesuai tema.
  • Peserta perlu daftar sebelum tarikh tutup / atau had maksimum tercapai.

Format Pertandingan

  • Peserta akan berjalan & membuat gaya di atas pentas mengikut giliran.
  • Setiap peserta diberi masa maksimum 1 minit untuk melakukan gaya/persembahan
  • Peserta digalakkan untuk memperkenalkan diri/pakaian

Yuran Penyertaan

  • Yuran penyertaan ialah RM30 untuk setiap peserta.
  • PERCUMA jika anda pemegang kad Az-Zahrah Premium Kids Club.

Terma & Syarat Pertandingan Mewarna

  • Terbuka kepada kanak-kanak umur 5 hingga 12 tahun sahaja.
  • Kategori A: 4 – 6 tahun
  • Kategori B: 7 – 9 tahun
  • Kategori C: 10 – 12 tahun
  • Setiap peserta hanya boleh menyertai satu kategori sahaja mengikut umur sebenar.

Peraturan Pertandingan

  • Kertas lukisan / helaian mewarna akan disediakan oleh pihak penganjur.
  • Peserta hanya dibenarkan menggunakan peralatan mewarna yang disediakan oleh pihak penganjur
  • Masa pertandingan: 60 minit.
  • Peserta perlu duduk di kawasan yang ditetapkan oleh urusetia.
  • Tiada bantuan dibenarkan daripada ibu bapa / penjaga sepanjang pertandingan berlangsung.

Yuran Penyertaan

  • Yuran penyertaan ialah RM15 untuk setiap peserta.
  • PERCUMA jika anda pemegang kad Az-Zahrah Premium Kids Club.
Scroll to Top

Dr. Mohd Hezery Harun

MD (USM), Doc. Ortho. & Traumatology (UKM)

WAKTU KLINIK

Sila rujuk jadual doktor yang kami sediakan bagi memudahkan anda untuk membuat sebarang perancangan jika perlu.

Hari Pagi Petang
Khamis
17:00 – 20:00

Kongsi di media sosial: