Hospital Islam Az-Zahrah menawarkan harga istimewa untuk pakej berkhatan cuti sekolah hujung tahun untuk bayi dan kanak-kanak lelaki.

PAKEJ BERKHATAN CUTI SEKOLAH 

Harga pakej termasuk:

  1.  Prosedur pembedahan kecil dikendalikan oleh Pakar Bedah Am lelaki
  2.  Prosedur dibantu oleh Pembantu Perubatan.
  3.  Bius setempat (local anaesthasia)
  4.  Caj Hospital
  5.  Ubat-ubatan
  6.  Sijil penyertaan

Peserta dan keluarga berpeluang bergambar di photobooth untuk kenang-kenangan

Terdapat 2 jenis pilihan kaedah khatan:

1. Untuk kanak-kanak 6-12 tahun boleh pilih samada kaedah diathermy atau soleh ring.

2. Untuk bayi lelaki boleh pilih samada plastibell atau soleh ring.

KAEDAH DIATHERMY : RM 502.00 – RM510.00

Alat pemanas yang digunakan bagi kaedah diathermy

  • Sesuai untuk kanak-kanak 6-12 tahun
  • Prosedur yang menggunakan alat pemanas yang cepat dan mengurangkan rasa sakit
  • Tidak perlu dressing dan balutan selepas khatan
  • Perlu pakai kain pelikat dan perlu berpantang
  • Anggaran sembuh selepas seminggu

KAEDAH SOLEHRING : RM 463.00 – RM485.00

Cap dan Ring yang dipasang bagi kaedah solehring.

  • Sesuai untuk kanak-kanak 6-12 tahun dan bayi seawal kelahiran – 11 bulan
  • Kaedah baru menggunakan alat plastik berbentuk cincin yang telah diluluskan FDA dan memenangi pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa
  • Prosedur cepat dan kurang rasa sakit.
  • Tidak perlu dressing dan balutan selepas khatan
  • Boleh pakai seluar yang longgar selepas khatan
  • Cincin Solehring akan tanggal sendiri selepas 10-14 hari.

KAEDAH PLASTIBELL : RM 428.00 – RM 449.00

  • Sesuai untuk  bayi seawal kelahiran – 11 bulan
  • Sejenis alat yang berbentuk cincin yang mempunyai saiz mengikut ukurlilit glans penis.
  • Prosedur cepat dan kurang rasa sakit.
  • Tidak perlu dressing dan balutan selepas khatan
  • Boleh pakai lampin yang longgar selepas khatan
  • Cincin Plastibell akan tanggal sendiri selepas 7-14 hari.

JADUAL WAKTU KHATAN

HARI 9.30 PAGI -12.00 TGH 3.30 PTG– 5.00 PTG
Isnin Buka Buka
Selasa Tutup Buka
Rabu Buka Buka
Khamis Buka Tutup
Jumaat Buka Buka
Sabtu & Ahad Tutup Tutup

Khatan Bius Penuh (General Anaesthasia)

Khatan bius penuh boleh dilakukan di Hospital Islam Az Zahrah untuk kanak-kanak berdasarkan pemeriksaan doktor dan untuk kes khatan yang memerlukan bius penuh dan dilakukan di dewan bedah.

Caj termasuk prosedur pembedahan oleh Pakar Bedah, Pakar Bius, Hospital, Wad dan ubat-ubatan.

Nak tahu lebih lanjut?

03-89212525 atau hantar whatsapp ke

016-3328733 atau terus klik

http://tempahkhatanhiaz.wasap.my/