Hospital Islam Az -Zahrah menawarkan Pakej Bersalin Az-Zahrah untuk pelanggan yang akan bersalin normal dan membayar tunai sahaja dengan harga bermula dari RM 2599.

Untuk pelanggan yang ingin bersalin di Az Zahrah menggunakan Surat Jaminan  atau panel syarikat atau melalui kaedah pembedahan sila rujuk info bersalin di link di bawah.

PAKEJ YANG DITAWARKAN

  • 2 kali rundingcara di wad daripada Pakar Perbidanan & Sakit Puan (doktor pakar wanita)
  • Penginapan selama 2 hari 1 malam 
  • Pemeriksaan saringan bayi (Neonatal) oleh Pakar Kanak-kanak
  • Ujian makmal (kumpulan darah, G6PD, TSH) bagi bayi
  • Suntikan asas bayi (Vitamin K, BCG dan Hepatitis B)
  • Kelas antenatal percuma (Bergantung pada tempat)
  • Perundingan Penyusuan Ibu oleh Jururawat Berdaftar atas permintaan

TERMA & SYARAT

  • Kelayakan pakej ditentukan oleh Pakar Perbidanan & Sakit Puan
  • Kaedah kelahiran normal sahaja.
  • Bilik 2 katil. Jika tiada kekosongan bilik, bilik akan dinaik taraf atau sebaliknya dan beza harga bilik perlu dibayar oleh pesakit.Naik taraf bilik hanya untuk bilik Single dan Standard Single.
  • Bayaran secara tunai,kad debit atau kad kredit
  • Pemeriksan “antenatal” sekurang- kurangnya 3 kali dengan Pakar Perbidanan, digalakkan Lawatan pertama antara minggu ke 24 hingga ke 30. Lawatan kedua dan ketiga, antara minggu ke 32 hingga ke 40
  • Bayaran deposit RM 1, 000.00 semasa tempahan pakej dan RM 1000.00 semasa kemasukan wad.
  • Terhad kepada 40 orang sahaja setiap bulan
  • Sebarang komplikasi semasa kelahiran adalah tertakluk kepada caj tambahan atau hilang kelayakan pakej.

CAJ TAMBAHAN JIKA

  • Tinggal di wad melebihi 2 hari 1 malam
  • Caj ‘On-Call’ jika kelahiran di luar waktu pejabat dan cuti umum.
  • Pemeriksaan pesakit di wad oleh Pakar Perbidanan dan Sakit Puan melebihi 2 kali.
  • Ubat-ubatan serta peralatan perubatan tambahan.
  • Prosidur lain seperti Vacuum, Forceps, Induction Augmentation dan sebagainya.
  • Beg simpanan susu

TIDAK LAYAK PAKEJ JIKA

  • Kandungan kembar
  • Pesakit meminta bilik 1 katil
  • Pernah menjalani pembedahan bersalin LSCS dan Myeomectomy
  • Merancang kelahiran (Birth Plan).
  • Pesakit disahkan mempunyai penyakit berisiko seperti Hepatitis (A, B dan C), HIV, Hypertension kronik, Diabetes serius, Placenta Previa, Rhus -ve dan lain-lain