Unit ambulans Hospital Islam Az-Zahrah menyediakan perkhidmatan Panggilan Perkhidmatan Ambulans atau Ambulance Call.

Perkhidmatan ini khusus untuk pesakit stabil sahaja dan bukan bersifat kecemasan.

Contohnya pesakit yang terlantar atau lumpuh, pesakit yang perlu memakai kerusi roda atau pesakit yang menggunakan tong oksigen yang memerlukan kenderaan yang lebih sesuai untuk pengangkutan dari satu tempat ke tempat lain.   

Antara perkhidmatan ini ialah :

  • Mengambil pesakit dari rumah ke pusat rawatan atau temujanji doktor
  • Pengangkutan pesakit discaj dari hospital (HIAZ) ke rumah
  • Memindahkan pesakit stabil dari mana-mana hospital lain ke tempat lain.

Klik pada gambar untuk imej lampiran yang lebih besar.

Jika anda ingin menempah PERKHIDMATAN AMBULANS kami di 03-89212525 atau 016-2557427. Ia akan menjadi keutamaan kami dalam membantu anda.