HOSPITAL MESRA IBADAH

Hospital Islam Az-Zahrah (HIAZ) juga menekankan hospital sebagai institusi perubatan yang melaksanakan Islam secara praktikal bagi mendekatkan manusia kepada Allah melalui wasilah-wasilah tarbiyah yang bersesuaian dengan berkonsepkan Hospital Mesra Ibadah (HMI).

Aplikasi konsep HMI ini bertujuan untuk:
• Memberikan rawatan yang selesa dan mesra kepada pesakit.
• Fasiliti hospital yang lengkap dengan memudahkan proses pesakit menunaikan ibadah.
• Memberi motivasi dan dorongan rohani ketika menghadapi penyakit.
• Kehadiran ustaz dan ustazah dalam membantu pesakit beribadah.
• Membimbing dan membantu pesakit mengerjakan ibadah ketika sakit.