PERKHIDMATAN
AMBULANS
HIAZ menyediakan perkhidmatan ambulans yang boleh digunakan untuk:
- Menghantar pesakit
- ‘Event stanby’
BILIK BERSALIN
Hospital Islam Az-Zahrah (HIAZ) menawarkan perkhidmatan kepakaran Perbidanan dan Sakit Puan. Unit Bilik Bersalin ditugaskan mengendalikan kelahiran selamat serta penjagaan ibu dan bayi dengan kemudahan 2 bilik bersalin yang beroperasi untuk 24 jam.
Kami menyediakan persekitaran Hospital Rakan Bayi yang menggalakkan penyusuan susu ibu. Suami/ibu dibenarkan menemani isteri/anak semasa proses kelahiran seperti tertakluk kepada peraturan semasa yang ditetapkan.
DEWAN BEDAH
Unit Dewan Bedah merupakan unit sokongan yang penting dalam menjalankan prosedur pembedahan serta kelahiran untuk para pesakit. Terletak di Aras 3 HIAZ, Dewan Bedah ini menyediakan fasiliti perubatan moden bagi Pembedahan Major dan Minor.

FARMASI
Pelanggan boleh mendapatkan ubat di farmasi selepas sesi konsultasi dengan Pegawai Perubatan dan Doktor Pakar.
FISIOTERAPI
Fisioterapi adalah rawatan kecederaan dan penyakit dengan meningkatkan mekanisme penyembuhan semulajadi badan. Fisioterapi melatih pesakit untuk membantu diri mereka ke arah kesihatan yang lebih baik.
Antara rawatan yang disediakan adalah:
- Masalah kanak-kanak (fisioterapi dada (fluterapi, senama pernafasan), cerebral palsy, torticolis)
- Kecederaan semasa bersukan (ligamen cedera/koyak dan otot tercedera)
- Masalah sendi, sakit belakang, sakit pinggang dan sakit leher.
- Masalah wanita sebelum dan selepas bersalin (lemah otot peranakan, kencing tidak lawas, sakit belakang & pinggang)
- Kondisi saraf (masalah saraf pada tangan, kaki, strok, lumpuh)

MAKMAL PERUBATAN
Makmal menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan seperti:
- Hemotologi (Pemeriksaan darah, G6PD)
- Serologi (Denggi, Saringan Hepatitis B, C, HIV, Influenza, Leptospirosis, Malaria, Mycoplasma, Rotavirus)
- Biokimia (Ujian fungsi hati, fungsi ginjal, asid urik, gula, CRP, kolesterol)
- Immunoasai (Hormon tiroid)
- Analisis urin (Kehamilan, Urin FEME, Dadah)
- Profil (Diabetik, Hipertensi, Thalessemia, Alergik, Genetik)
- Dan lain-lain
Kami juga boleh merangka pakej ujian-ujian tertentu untuk memenuhi keperluan syarikat korporat atau institusi untuk pemeriksaan kesihatan pekerja, pelajar dan lain-lain.
NURSERI
Nurseri menempatkan bayi sebaik dilahirkan. Bayi akan dijaga dan dirawat sehingga dibenarkan pulang. Sepanjang di hospital, barangan keperluan bayi seperti pakaian, kain balutan, lampin pakai buang serta kelengkapan mandian akan disediakan oleh Unit Nurseri.
Selain itu, perkhidmatan ujian bacaan Jaundis juga turut disediakan. Bagi bayi yang mengalami Jaundis, hospital menyediakan perkhidmatan fototerapi dan ibu boleh memilih samada ingin bayinya ditempatkan di bilik bersama mesin fototerapi (Rooming In) atau ingin bayinya dijaga oleh jururawat di Unit Nurseri.

PENGIMEJAN DIAGNOSTIK
Unit ini menyediakan perkhidmatan X-ray dan ultrasound untuk pemeriksaan perubatan (pra-pekerjaan, pelajar, tahunan, insurans) dan lain-lain. Perkhidmatan ini disediakan untuk Pesakit Dalam, Pesakit Luar, Pesakit Rawatan Harian, Pesakit dari Jabatan Kecemasan dan juga dari klinik lain.
UNIT KEMALANGAN & KECEMASAN
Unit ini beroperasi untuk 24 jam setiap hari di bawah seliaan pegawai perubatan untuk memberi rawatan kecemasan kepada pesakit.
Pesakit akan melalui proses penilaian (Triaging) keadaan pesakit mengikut keutamaan:
- Pesakit kritikal (Zon Merah): rawatan segera
- Pesakit semi kritikal (Zon Kuning): rawatan dalam masa 30 minit
- Pesakit tidak kritikal (Zon Hijau) rawatan dalam masa 90 minit
Unit Kecemasan turut menempatkan sebuah bilik khas untuk pesakit asma di mana bagi kes:
- Asma Ringan (Mild Asthma): Pesakit akan terus dimasukkan ke bilik ini bagi menggunakan Nebulizer.
- Asma Sederhana (Moderate Asthma) & Asma Teruk (Severe Asthma):Pesakit akan terus dirawat di Zon Kuning atau Zon Merah.
Bilik prosedur juga disediakan sekiranya doktor perlu menjalankan prosedur pembedahan kecil seperti Toilet and Suture, Incision and Drainage, Exploration, Wound Dressing, Irrigation, Nail Avulsion dan beberapa lagi prosedur kecil yang lain.

WAD
Hospital Islam Az-Zahrah (HIAZ) menyediakan variasi pilihan bilik untuk memastikan keselasaan dan perkhidmatan terbaik bagi para pelanggan.
Suasana bilik yang harmoni dan kondusif membantu pelanggan merasa tenang dan selamat. Pesakit di HIAZ boleh memilih menu yang sihat dan sedap. Kami bersedia menyediakan menu mengikut keperluan diet pelanggan.
Wad di HIAZ terdiri daripada:
- Bilik VIP
Menawarkan privasi dan keselesaan dari segi suasana, ruang yang luas serta kemudahan yang terbaik.
- Bilik satu katil (Super Deluxe, Standard Single, Single)
Bilik satu katil menyediakan privasi dan keselesaan dengan kemudahan yang anda perlukan sepanjang berada di HIAZ.
- Bilik dua katil
HIAZ menyediakan bilik dua katil dengan ruang yang selesa, namun masih mengekalkan privasi pelanggan.
- Bilik tiga katil
Bilik ini direka bagi memberi keselesaan kepada pelanggan dengan harga yang berpatutan.