Perkhidmatan Bersalin Kelas Pertama dan Islamik

Hospital Islam Az-Zahrah telah menjadi pilihan hospital bersalin untuk warga Bandar Baru Bangi dan sekitar semenjak 20 tahun dahulu. Kami menyaksikan pelbagai kisah; azan syahdu si ayah, pelukan hangat si ibu, wajah si abang dan kakak yang teruja menyambut ahli yang baru. Itu semua memori yang kami bangga menjadi sebahagian daripada kisah keluarga anda.

Di Hospital Islam Az-Zahrah menerapkan konsep Hospital Mesra Ibadah di mana kami menyediakan persekitaran Islamik dan menenangkan untuk pesakit-pesakit di hospital.

Antara maklumbalas pelanggan yang mengambil perkhidmatan bersalin sebelum ini:

HIAZ memang terbaik. Saya  check up pada usia kandungan twin 2 minggu sampai bersalin dengab Dr. Rusinahayati. Alhamdulillah baby twin saya selamat dilahirkan pd 7.11.17  secara caeserian, sepanjang dalam pembedahan dilakukan semua staff memberi layanan yg terbaik. Nurse, doktor bius dan semuanya la..memang saya berpuas hati sangat .Kalau ada anugerah Doktor terbaik, memang saya cadangkan Dr.Rusinahayati. Terima kasih HIAZ. Semoga diteruskan perkhidmatan yang terbaik dan semoga terus cemerlang

Puan Nurul Syakirin

“Kali ke-3 urusan isteri bersalin di HIAZ. Perkhidmatan terbaik. Semua staf dan nurse cekap, berbudi bahasa, prihatin dan banyak memudahkan urusan.

Kepada Doktor yang menguruskan iaitu Dr Fazlina Hanum, cekap, berilmu, berbudi bahasa, bersopan, bersifat keibuan dan lemah-lembut, sabar dan professional- 5 bintang.

Meninggalkan HIAZ diiringi 2 orang nurse yang hantar isteri dan baby kereta dengan lambaian dan senyuman dan lambaian selamat jalan. HIAZ was awesome”.

Encik Noorhelmi Azrul

“Saya telah selamat melahirkan bayi secara caeserean pada 31052017.Ribuan Terima kasih buat semua warga HIAZ terutama pada Dr.Mashita yang merawat saya dari awal kehamilan hingga selamat bersalin.

Pengalaman yang takkan dilupakan bila mana Doktor dan staff bertugas meyelamatkan 2 nyawa saat orang lain sedang berbuka puasa.

Service yang cekap, pantas dan selesa. Saya dan suami sangat-sangat berpuas hati dengan service yang pihak HIAZ berikan..Semoga HIAZ terus berkembang maju untuk masa-masa akan datang.”

Puan Nur Hidayah

“Alhamdulillah harini hari ke 44 berpantang anak ketiga. Syukur dapat pengalaman bersalin kali ni di Az-Zahrah. Doktor, jururawat yag sangat prihatin dan mesra. Tengah sakit contraction pun nurse tolong gosok perut sambil bacakan doa. Terima Kasih banyak-banyak  kepada Dr Noraini dan semua staff HIAZ. Semoga Allah rahmati HIAZ seluruhnya.. Amin”

Pn Alifah Alias

Ketahui perkara-perkara  yang menarik apabila menempah perkhidmatan bersalin di Hospital Islam Az-Zahrah :

Fasiliti bersalin yang lengkap

  1. Bilik bersalin

2. Dewan bedah
3. Pilihan bilik di wad yang bersih dan selesa
4. Nurseri bayi

Kini Hospital Islam Az-Zahrah menawarkan Pakej Bersalin Az-Zahrah yang bermula dengan harga RM 2599.

Hospital Islam Az -Zahrah menawarkan Pakej Bersalin Az-Zahrah untuk pelanggan yang akan bersalin normal dan membayar tunai sahaja dengan harga bermula dari RM 2599.

Pakej yang ditawarkan:
  • 2 kali rundingcara di wad daripada Pakar Perbidanan & Sakit Puan (doktor pakar wanita)
  • Penginapan selama 2 hari 1 malam
  • Pemeriksaan saringan bayi (Neonatal) oleh Pakar Kanak-kanak
  • Ujian makmal (kumpulan darah, G6PD, TSH) bagi bayi
  • Suntikan asas bayi (Vitamin K, BCG dan Hepatitis B)
  • Kelas antenatal percuma (Bergantung pada tempat)
  • Perundingan Penyusuan Ibu oleh Jururawat Berdaftar atas permintaan
Terma dan Syarat:
  • Kelayakan pakej ditentukan oleh Pakar Perbidanan & Sakit Puan
  • Kaedah kelahiran normal sahaja.
  • Bilik 2 katil. Jika tiada kekosongan bilik, bilik akan dinaik taraf atau sebaliknya dan beza harga bilik perlu dibayar oleh pesakit.Naik taraf bilik hanya untuk bilik Single dan Standard Single.
  • Bayaran secara tunai,kad debit atau kad kredit
  • Pemeriksan “antenatal” sekurang- kurangnya 3 kali dengan Pakar Perbidanan, digalakkan Lawatan pertama antara minggu ke 24 hingga ke 30. Lawatan kedua dan ketiga, antara minggu ke 32 hingga ke 40
  • Bayaran deposit RM 1, 000.00 semasa tempahan pakej dan RM 1000.00 semasa kemasukan wad.
  • Terhad kepada 40 orang sahaja setiap bulan
  • Sebarang komplikasi semasa kelahiran adalah tertakluk kepada caj tambahan atau hilang kelayakan pakej.
Caj tambahan jika:
  • Tinggal di wad melebihi 2 hari 1 malam
  • Caj ‘On-Call’ jika kelahiran di luar waktu pejabat dan cuti umum.
  • Pemeriksaan pesakit di wad oleh Pakar Perbidanan dan Sakit Puan melebihi 2 kali.
  • Ubat-ubatan serta peralatan perubatan tambahan.
  • Prosidur lain seperti Vacuum, Forceps, Induction Augmentation dan sebagainya.
  • Beg simpanan susu (tertakluk pada stok)
Tidak layak pakej jika:
  • Kandungan kembar
  • Pesakit meminta bilik 1 katil
  • Pernah menjalani pembedahan bersalin LSCS dan Myeomectomy
  • Merancang kelahiran (Birth Plan).
  • Pesakit disahkan mempunyai penyakit berisiko seperti Hepatitis (A, B dan C), HIV, Hypertension kronik, Diabetes serius, Placenta Previa, Rhus -ve dan lain-lain

INFO BERSALIN (BUKAN PAKEJ)

Bersalin normal

  • Rundingcara di wad oleh pakar Perbidanan (Doktor Pakar Wanita) (2 kali).
  • Penginapan selama 2 hari 1 malam beserta makanan, bilik bersalin dan nurseri.
  • Ujian kumpulan darah, G6PD, TSH dan suntikan asas bayi (Vit K, BCG dan Hep B).
  • Pemeriksaan saringan bayi oleh Pakar Kanak-kanak (1kali).
Anggaran Harga Bermula dari RM3,500.00 (Deposit – RM2,000.00)*
+ Induction Of Labour (IOL) Bermula dari RM400.00
+ Vacuum Bermula dari RM400.00
+ MRP Bermula dari RM400.00
+ Epidural Bermula dari RM900.00

Bersalin Pembedahan Elektif (EL LSCS)

  • Rundingcara di wad oleh pakar Perbidanan (Doktor Pakar Wanita) (3kali).
  • Penginapan selama 3 hari 2 malam beserta makanan, bilik bersalin dan nurseri.
  • Ujian kumpulan darah, G6PD, TSH dan suntikan asas bayi (Vit K, BCG dan Hep B).
  • Pemeriksaan saringan bayi oleh Pakar Kanak-kanak (1kali).
Anggaran Harga Bermula dari RM8,000.00

(Deposit – 50%)*

+ BTL Bermula dari RM1,000.00

Bersalin Pembedahan Kecemasan (EM LSCS)

  • Rundingcara di wad oleh pakar Perbidanan (Doktor Pakar Wanita) (3kali).
  • Penginapan selama 3 hari 2 malam beserta makanan, bilik bersalin dan nurseri.
  • Ujian kumpulan darah, G6PD, TSH dan suntikan asas bayi (Vit K, BCG dan Hep B).
  • Pemeriksaan saringan bayi oleh Pakar Kanak-kanak (1kali).
Anggaran Harga Bermula dari RM9,000.00

(Deposit – 50%)*

+ BTL Bermula dari RM1,000.00

*Deposit hanya dikenakan kepada pelanggan yang membayar secara tunai /kad kredit/debit sahaja. Tiada deposit dikenakan bagi pelanggan yang ingin menggunakan Surat Jaminan (Gurantee Letter, GL) atau bayaran melalui panel.

Dengan harga yang sangat berpatutan, kami akan memastikan pengalaman anda menyambut kelahiran si kecil suatu memori yang manis dan menggembirakan.

 Cepat hubungi Klinik Pakar O&G kami di 03-89212525 / 03-89212510 sekarang untuk temujanji atau tempahan

atau anda boleh isi borang di bawah untuk kami hubungi sekiranya berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai HIAZ.

“Dengan Keprihatinan Kami Merawat Pesakit Kami”

Berminat untuk bersalin di HIAZ? Kami akan hubungi anda