
Oftalmologi
Tahukah anda, semua ingatan awal manusia bermula daripada mata yang akhirnya dirakam dalam pemikiran dan disimpan di dalam otak? Menariknya, mata berfungsi seperti kamera yang menangkap cahaya dan menghantar data ke otak. Malah 80% daripada ingatan dan memori manusia terhasil daripada visualisasi mata.
Anugerah Tuhan paling luar biasa ini wajib dijaga memandangkan ia adalah organ tubuh yang tidak boleh ditransplant kerana saraf optik yang menghubungkan mata ke otak adalah sangat rapuh dan terdapat lebih satu juta serat saraf yang menghubungkan mata dengan otak. Merupakan organ kedua terkuat selepas otak, otot paling aktif dalam tubuh manusia terletak pada mata. Berkelip 12 kali dalam masa satu minit, mata tidak pernah berehat walaupun ketika kita sedang tidur. Menyedari betapa uniknya bebola kecil seberat 28 gram ini dan fungsinya yang tiada galang ganti, Hospital Islam Az-Zahrah menyediakan Klinik Opthalmologist atau juga disebut Klinik Pakar Mata bagi membantu merawat dan menjaga mata anda.