Pakar Ortopedik


PENGENALAN

Klinik Pakar Ortopedik atau Klinik Pakar Tulang menyediakan perkhidmatan cemerlang dan beretika dalam merawat kecederaan tulang, pembedahan sendi haus (Osteoarthritis), kecacatan tulang belakang atau anggota badan dan rehabilitasi ortopedik. Dengan kerangka manusia yang terdiri daripada lebih 200 tulang di dalam badan, Pakar Ortopedik kami berusaha memberikan penjagaan dan perawatan pesakit di samping mendidik pesakit dalam penjagaan tulang mengikut kaedah yang betul.

JENIS RAWATAN

  • Patah tulang pada mana-mana anggota badan
  • Kecederaan tulang belakang yang sering dikaitkan dengan sekuel neurologi
  • Kecederaan berkaitan sukan termasuklah kecederaan saraf, otot, tendon dan ligamen
  • Patah tulang belakang Osteoporotik
  • Penyakit degeneratif tulang belakang termasuk ketidakstabilan prolaps cakera invertebratal
  • Arthritis Degeneratif
  • Arthritis Keradangan, Arthritis Gout dan Arthritis Rheumatoid
  • Tumor dalam anggota badan dan tulang belakang
  • Pesakit yang mengalami gangguan Kongenital Tulang Belakang dan Anggota Badan
  • Pesakit Diabetis yang mengalami kecederaan pada kaki
  • Pesakit dengan ulser akut dan kronik