Pakar Radiologi


PENGENALAN

Radiologi atau Unit Pengimejan Diagnostik telah membuktikan tahap perubatan negara telah maju setapak lagi dalam teknologi perubatan moden apabila ia berfungsi sebagai alat diagnostik yang cepat, tidak sakit dan selamat. Kemajuan teknologi ini memberi akses kepada doktor untuk mendalami sistem dalaman badan manusia dan memastikan ketepatan diagnostik pesakit sekaligus menjayakan rawatan atau pembedahan yang dijalankan ke atas seseorang pesakit. Perkhidmatan Radiologist meliputi ujian diagnostik setempat atau seluruh badan. Ini termasuklah prosedur-prosedur pemeriksaan X- Ray Am dan Ultrasound  untuk pesakit dalam, pesakit rawatan harian, pesakit dari Unit Kecemasan dan  juga pesakit dari klinik luar.

PERKHIDMATAN DITAWARKAN

  • X-Ray (Abdomen, Chest X-Ray, Extremities, Kidney Ureter Bladder (KUB), Pelvis, Skull, Lumbar Sacral dan Thoracolumbar dan lain-lain)
  • Ultrasound (Abdomen and Pelvis, Prostate, Doppler of Arteries for Single and Two Limbs, Doppler of Veins Single Limbs, Hepatobiliary (HBS), Doppler Carotid, Breast, Kidney Ureter Bladder (KUB) dan lain-lain)
  • Laporan Doktor Pakar (Reporting)
  • X-Ray FOMEMA