PERBIDANAN DAN SAKIT PUAN


PENGENALAN

Pakar Perbidanan & Sakit Puan juga dikenali sebagai Obstetrik & Ginekologi. Dikendalikan Pakar Wanita yang menyediakan penjagaan komprehensif bagi masalah berkaitan Obstetrik dan Ginekologi, perkhidmatan disediakan untuk Pesakit Dalam, Klinik Pakar dan Kecemasan.

Pengamal perubatan di bidang ini memberikan tumpuan khusus kepada kaum wanita terutamanya dalam Bidang Perbidanan (Obstetrik) yang melibatkan kesihatan wanita hamil supaya mereka memahami erti kandungan sihat, cara penjagaan dan mengenali permasalahan yang mungkin berlaku sepanjang tempoh kehamilan. Amat penting untuk ibu-ibu atau bakal ibu diberi pengetahuan khusus berkaitan hal ini untuk melalui tempoh kehamilan yang selamat dan sekaligus melahirkan bayi yang sihat. Insyaallah.

Selain itu, tumpuan juga diberikan kepada Bidang Sakit Puan (Ginekologi) yang menjurus kepada kesihatan wanita dari peringkat umur remaja sehinggalah selepas menopos. Bidang ini merangkumi sistem fungsi organ reproduktif untuk membolehkan mereka mencapai potensi maksima dalam aspek kesihatan fizikal, mental, sosial dan seksual.

JENIS RAWATAN

  • Klinik Antenatal dan Postnatal
  • Perubatan ibu dan anak
  • Rawatan kesuburan
  • Ring Pessary
  • Perancangan keluarga
  • Ujian Pap Smear
  • Klinik Menopause 
  • Detail Scan bersama Pakar Sonografi