NURSERI

Bayi merupakan anugerah Tuhan yang paling berharga. Wajah comel dan sempurna rupa paras pastinya dapat menghilangkan kesakitan bersalin yang dilalui si ibu setelah bertarung nyawa untuk memastikan si kecil lahir dengan selamat.

Bayi yang baru dilahirkan perlu dipantau sekurang-kurangnya 30 minit di Nurseri bergantung kepada keadaan bayi sebelum dibenarkan untuk bersama ibu di bilik wad.