UNIT KEMALANGAN &

KECEMASAN (A&E)

Unit Kemalangan & Kecemasan (A&E) beroperasi 24 jam sehari demi memastikan setiap pesakit diberi rawatan segera. Berusaha memberi layanan adil dan cepat pada semua pesakit, kami menyediakan Kaunter Triage Primer untuk membuat saringan awal bagi menentukan tahap kesihatan dan kecemasan pesakit mengikut Protokol Triage yang telah diperakui oleh Ketua Perkhidmatan Kemalangan & Kecemasan, Kementerian Kesihatan Malaysia.