SARINGAN KESIHATAN
Adakah anda tahu kebanyakan orang tidak menyedari tahap kesihatan mereka?
- 1 dari 5 dewasa Malaysia mempunyai diabetes dan 50% daripadanya tidak sedar
- 3 dari 10 dewasa Malaysia mempunyai hipertensi dan 50% daripadanya tidak sedar
- 4 dari 10 dewasa di Malaysia mempunyai hiperkolesterolemia dan 25% daripada mereka tidak sedar
- Kanser serviks merupakan kanser ke-3 paling bahaya dalam kalangan wanita Malaysia
Melalui keputusan pemeriksaan kesihatan, doktor kami akan membantu anda memahami status kesihatan dan menjawab sebarang soalan atau kebimbangan anda.
Bilakah anda perlu menjalani pemeriksaan kesihatan?
Kami menyarankan saringan kesihatan secara berkala atau tahunan. Hal ini kerana pengesanan awal adalah penting bagi mengetahui status kesihatan anda. Saringan adalah sangat penting jika anda mempunyai faktor risiko di bawah:
- Berat badan berlebihan
- Diabetes
- Tekanan darah tinggi
- Tinggi kolesterol
- Menghisap rokok & meminum alkohol
- Mempunyai sejarah keluarga yang berpenyakit jantung, strok atau kanser
- Tidak pernah menjalani saringan kesihatan
Untuk maklumat lanjut dan tempahan temujanji, sila hubungi 03-89212525.






