• Motto HIAZ iaitu “DENGAN KEPRIHATINAN KAMI MERAWAT PESAKIT KAMI – WITH CARE WE TREAT OUR PATIENTS ”

  • Doktor-Doktor Pakar Perubatan dan kakitangan sokongan yang prihatin dan berdedikasi

  • perkhidmatan perubatan menyeluruh di bawah satu bumbung dikenali sebagai “ONE STOP CENTRE ”

  • melaksanakan konsep “Hospital Mesra Ibadah” di mana pesakit sentiasa dipandu dan dibantu menunaikan ibadah

Hospital Islam Az-Zahrah (HIAZ) ialah sebuah syarikat bumiputera yang telah ditubuhkan pada Oktober 1997 di bawah Medi-Circle Sdn Bhd dengan nama Pusat Rawatan Islam Az Zahrah (AZIM). Pada dasarnya penubuhan hospital ini adalah untuk menerokai peluang-peluang dalam bidang perkhidmatan perubatan dan kesihatan untuk semua golongan masyarakat khususnya bagi mereka yang inginkan perkhidmatan berkonsepkan Islam.

Hospital Islam Az-Zahrah pada mulanya adalah sebuah klinik pesakit luar yang kemudiannya berkembang sebagai pusat rawatan bersalin dan seterusnya sebagai pusat rawatan yang mengendalikan kes-kes Pakar Kanak-Kanak, Perbidanan dan Sakit Puan, Perubatan Dalaman, Ortopedik, Pembedahan Am, Bius, Mata serta Telinga, Hidung & Tekak (ENT).

Pada Mac 2013, Hospital  Islam Az-Zahrah telah dinaiktaraf kepada sebuah hospital yang sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan berkualiti yang terbaik kepada setiap pesakitnya.

Dengan semangat kerja berpasukan yang kuat dan komited untuk memberi perkhidmatan terbaik, kami amat berkeyakinan Hospital Islam Az-Zahrah mampu untuk berdaya saing dan menjadi pilihan pesakit untuk mendapatkan rundingcara dan rawatan.

Nama Syarikat : MEDI-CIRCLE SDN. BHD
Nombor Pendaftaran : 424904-V

AHLI LEMBAGA PENGARAH :
Encik Abdul Rahman Mt Dali
Encik Zaim Shaari
Dr. Siti Hawa Abdul Karim