CME Talk Disember 2024

Utama / Tentang Kami / Tentang Az-Zahrah

Pada 14 Disember 2024, Hospital Islam Az-Zahrah dengan jayanya telah menganjurkan program CME Talk 2024 bertempat di Red Card, Bangi, Selangor. Program ini menarik penyertaan ramai profesional dalam bidang perubatan, memberikan peluang kepada mereka untuk menimba ilmu baharu dan mengumpul 4 Mata CPD (Continuing Professional Development).

Pengisian Program

CME Talk 2024 menawarkan pelbagai topik menarik yang disampaikan oleh pakar-pakar berpengalaman:

  1. Foreign Bodies in Ear, Nose & Throat
    Disampaikan oleh Dr. Azlan Iskandar Bin Ishak, Pakar ENT, topik ini membincangkan cabaran dan kaedah rawatan berkesan bagi menangani objek asing yang terperangkap dalam telinga, hidung, dan tekak.

  2. Common Shoulder Problem in Orthopaedic
    Dr. Ashraf Hakim Ab Halim, seorang Pakar Ortopedik & Traumatologi, berkongsi pengalaman dan teknik moden dalam rawatan masalah bahu yang biasa dialami pesakit.

  3. Physiotherapy Treatment for Shoulder Problem
    Hanis Yusainir Bin Ahmad, Pakar Fisioterapi, menerangkan pendekatan fisioterapi terbaik untuk membantu pemulihan pesakit yang mengalami masalah bahu.

  4. Approach to Hypogonadism in Male
    Dr. Mohd Fyzal Bin Bahrudin, Pakar Perubatan Dalaman, membincangkan pendekatan diagnostik dan rawatan hipogonadisme dalam kalangan lelaki, suatu isu kesihatan yang sering diabaikan.

Aktiviti dan Penghargaan

Program bermula pada jam 1.30 petang dengan pendaftaran peserta dan ucapan alu-aluan. Sesi turut diisi dengan:

  • Sesi soal jawab bersama penceramah bagi mendalami topik perbincangan.

  • Hi-Tea yang menyediakan peluang rangkaian sosial antara peserta.

  • Sesi bergambar dan penutup selepas solat Asar.

Terima Kasih dan Harapan

Hospital Islam Az-Zahrah ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penceramah, peserta, dan pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Diharapkan ilmu yang dikongsi dapat dimanfaatkan dalam meningkatkan mutu penjagaan kesihatan di Malaysia.

Untuk mengetahui lebih banyak program yang bakal dianjurkan oleh Hospital Islam Az-Zahrah, sila layari laman web rasmi kami atau ikuti media sosial kami.

Kongsi di media sosial:

Scroll to Top

Dr. Mohd Hezery Harun

MD (USM), Doc. Ortho. & Traumatology (UKM)

WAKTU KLINIK

Sila rujuk jadual doktor yang kami sediakan bagi memudahkan anda untuk membuat sebarang perancangan jika perlu.

Hari Pagi Petang
Rabu
-
14:00 - 17:00
Jumaat
-
14:00 - 17:00

Kongsi di media sosial:

Whatsapp Kami

Beroperasi: Isnin - Jumaat

Hubungi Kami

Beroperasi: Isnin - Ahad