Utama / Perkhidmatan Utama / ACL & Kecederaan Sukan

ACL & Kecederaan Sukan

Di Hospital Islam Az-Zahrah (HIAZ), Pakar Tulang (Ortopedik) kami menyediakan rawatan ACL dan kecederaan sukan yang merangkumi sakit bahu, buku lali terseliuh, rekahan tulang (fracture), patah tulang di tangan dan kaki, ligamen koyak dan sebagainya.

Antara kecederaan yang boleh berlaku di lutut adalah kecederaan ligamen anterior cruciate (ACL). Ligamen anterior cruciate adalah salah satu dari empat ligamen utama yang terletak di lutut yang menyambungkan antara tulang paha (femur) dan tulang betis (tibia). Kecederaan sering berlaku pada ligamen ini terutama dalam kalangan individu yang bermain sukan lasak, seperti bola keranjang, bola sepak, ragbi dan ski.

Sebaik sahaja berlakunya kecederaan di ACL, pesakit akan berasa sakit, bengkak, dan ketidakstabilan di lutut. Selang beberapa jam, pesakit akan mengalami bengkak pada lutut yang teruk, sakit untuk menggerakkan lutut dan kesakitan pada sendi ketika berjalan.

Untuk rawatan kecederaan ACL, ia bergantung kepada keadaan ACL pesakit. Jika ligamen pesakit hanya mengalami koyak yang kecil dan terpencil, terapi fizikal dan rehabilitasi yang progresif mungkin dapat mengembalikan keadaan asal ligamen. Akan tetapi, jika ligamen pesakit koyak sepenuhnya, pembedahan adalah diperlukan. Lazimnya, ligamen anterior cruciate (ACL) yang koyak tidak boleh disambung semula melalui pembedahan kerana ia mudah gagal. Oleh itu, ACL yang koyak biasanya digantikan dengan graft pengganti yang diperbuat daripada tendon.

Kecederaan sukan boleh disebabkan oleh kemalangan, amalan latihan yang salah, peralatan yang tidak mencukupi dan pergerakan yang keterlaluan. Tambahan, tidak memanaskan badan atau melakukan regangan secukupnya sebelum berlatih atau bersenam juga boleh menyebabkan kecederaan.

  • Terseliuh
  • Kecederaan lutut
  • Otot bengkak
  • Kecederaan Tendon Achilles
  • Kecederaan tulang kering
  • Rekahan dan patah di tulang
  • Terkehel

Di HIAZ, kami menyediakan perkhidmatan seperti berikut bagi kecederaan sukan.

  • Pembedahan kecederaan & trauma
  • Arthroscopic Debridement
  • Suntikan Plasma Kaya Platelet (PRP)

  • ORIF Plate & Screw Fixation
  • Pengurangan Manipulatif Tertutup (CMR)

  • Rehabilitasi Ortopedik

Soalan Lazim

Ligamen yang koyak tersebut akan dibuang dan digantikan dengan tendon daripada penderma. Daripada menjalani pembedahan lutut terbuka, doktor sebaliknya akan membuat hirisan kecil di sekeliling sendi lutut dan memasukkan alatan arthroscopic dan kamera kecil ke dalam lutut untuk menggantikan ligamen tersebut.

Untuk beberapa minggu setelah anda menjalani pembedahan ACL, adalah sukar untuk anda meletakkan berat badan ke atas lutut tersebut. Doktor akan syorkan anda untuk memakai pendakap lutut dan topang ketiak serta pertolongan orang lain untuk pergerakan.

Kadar penyembuhan bergantung kepada individu dan cara penjagaan. Ia boleh merangkumi antara 6 bulan sehingga 2 tahun. Anda dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi nasihat dan arahan doktor serta melakukan fisioterapi yang disyorkan.

Scroll to Top

Dr. Mohd Hezery Harun

MD (USM), Doc. Ortho. & Traumatology (UKM)

WAKTU KLINIK

Sila rujuk jadual doktor yang kami sediakan bagi memudahkan anda untuk membuat sebarang perancangan jika perlu.

Hari Pagi Petang
Rabu
-
14:00 - 17:00
Jumaat
-
14:00 - 17:00

Kongsi di media sosial:

Whatsapp Kami

Beroperasi: Isnin - Jumaat

Hubungi Kami

Beroperasi: Isnin - Ahad