Pusat Pakar Psikologi Az-Zahrah

Utama / Kepakaran / Pusat Pakar Psikologi Az-Zahrah

Psikologi

Psikologi merupakan disiplin yang berasaskan kajian saintifik tentang minda dan tingkah laku manusia. Ia merangkumi pelbagai topik dan pendekatan yang bertujuan untuk memahami cara seseorang individu berfikir, merasa dan bertingkah laku dalam pelbagai situasi. Dalam disiplin ini, pakar psikologi menerokai pelbagai soalan yang berkaitan dengan persepsi, kognisi, emosi, motivasi, personaliti, perkembangan, interaksi sosial dan banyak lagi. Perkara ini menuntut kepada tingkah laku mendapatkan rawatan yang positif dalam kalangan klien dan keluarga mereka dari pemberi perkhidmatan psikologi yang profesional bagi menjaga kepentingan dan kebajikan klien.

Psikologi sering dikaitkan dengan kesihatan mental seperti autism, attention deficit-hyperactivity disorder (ADHD), depression, anxiety, schizophrenia, personality disorders, alcohol or substance addiction dan banyak lagi. Kesihatan mental ini dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti genetik, pengalaman hidup dan persekitaran. Kesihatan mental yang baik ialah keadaan yang seimbang di mana individu boleh menghadapi cabaran hidup, membina hubungan sosial dan menyumbang secara positif kepada komuniti mereka.

Di Pusat Pakar Psikologi Az Zahrah, pakar dan ahli psikologi klinikal kami menyediakan pelbagai perkhidmatan psikologi seperti ujian penilaian psikologi, psikoterapi dan servis korporat bagi klien kanak-kanak, dewasa dan warga emas. Pendekatan dinamik dan holistik juga diaplikasikan untuk membantu setiap individu dalam menangani cabaran kesihatan mental masing-masing. Kami juga memastikan setiap rawatan yang diberikan adalah yang terbaik dan memuaskan.

Perkhidmatan Psikologi Yang Ditawarkan

Pasukan Kami

Sila klik 'Info Lanjut' untuk maklumat mengenai waktu klinik

Pn. Nurul Atiqah Noor Azizi

Pn. Siti Rohmah Binti Satitan

Scroll to Top

Pn. Nurul Atiqah Noor Azizi

M. Clinical Psychology (UKM)

WAKTU KLINIK

Sila rujuk jadual yang kami sediakan bagi memudahkan anda untuk membuat sebarang perancangan jika perlu.

Hari Pagi Petang
Selasa
10:00 – 13:00
14:00 – 17:00
Rabu
10:00 – 13:00
14:00 – 17:00
Khamis
10:00 – 13:00
14:00 – 17:00
Jumaat
10:00 – 13:00
14:00 – 17:00
Sabtu
09:00 – 12:00

Kongsi di media sosial:

Dr. Mohd Hezery Harun

MD (USM), Doc. Ortho. & Traumatology (UKM)

WAKTU KLINIK

Sila rujuk jadual doktor yang kami sediakan bagi memudahkan anda untuk membuat sebarang perancangan jika perlu.

Hari Pagi Petang
Khamis
17:00 – 20:00

Kongsi di media sosial: