Saringan Covid-19

Utama / perkhidmatan & promosi / Saringan Covid-19

Saringan Covid-19

Hospital Islam Az-Zahrah (HIAZ) menyediakan perkhidmatan saringan Covid-19 atau swab test yang terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor. Pelanggan yang ingin membuat Ujian Covid-19 di HIAZ boleh membuat temujanji ataupun hadir secara walk-in. Selain itu, perkhidmatan saringan Covid-19 juga tersedia untuk pelanggan yang ingin drive-thru.

Terdapat tiga kaedah Ujian Covid-19 yang boleh dijalankan di Az-Zahrah iaitu RT-PCR, RTK-Antigen dan RTK-Antibodi.

RT-PCR

RT-PCR menggunakan kaedah analisis tindak balas rantai polimerase (PCR) dengan pengambilan sampel di hidung dan tekak. Untuk saringan jenis RT-PCR, HIAZ menyediakan tiga jenis pakej yang berbeza dari segi harga dan waktu keputusan. RT-PCR digunakan untuk tujuan kontak rapat, bergejala, pernikahan, penerbangan (flight), pembedahan atau kemasukan wad. Ketepatan bagi PCR adalah 99.9%

RT-PCR Biasa

RM160

/seorang

Keputusan 24 – 48 jam

Premium RT-PCR

RM360

/seorang

Keputusan 20 jam

Rapid RT-PCR

RM350

/seorang

Keputusan 4 – 6 jam

RTK-Antigen

RTK-Antigen adalah ujian Covid-19 dengan pengambilan sampel di hidung sahaja. Keputusan ujian menggunakan kaedah RTK-Antigen lebih cepat iaitu dalam masa 1-4 jam sahaja. Saringan jenis ini sesuai digunakan bagi situasi saringan kali ke-2, rentas negeri dan kemasukkan kerja. Ketepatan bagi RTK-Antigen adalah 90%.

RTK-Antigen

RM60

/seorang

Keputusan 1 – 4 jam

RTK-Antibodi

RTK-Antibodi adalah ujian saringan Covid-19 dengan pengambilan sampel darah di lengan atau di hujung jari. Sampel di bahagian lengan akan diambil bagi tujuan penerbangan ke China. Kaedah RTK-Antibodi sesuai digunakan bagi mengesan antibodi dalam badan, namun tidak membantu dalam pengesanan awal virus Covid-19.

RTK-Antibodi

RM150

/seorang

Keputusan 24 jam

Saringan covid-19 di luar kawasan: syarikat, kilang & home sampling

Hospital Islam Az-Zahrah juga menyediakan perkhidmatan saringan Covid-19 di luar premis hospital (On-Site) sama ada di kawasan syarikat, kilang ataupun di rumah. Terdapat 3 jenis saringan Covid-19 di luar premis hospital / On-Site

ã…¤

Pembangunan

ã…¤

Kilang

ã…¤

Perumahan

Pelanggan yang ingin melakukan saringan Covid-19 di kawasan sendiri perlu membuat tempahan terlebih dahulu di talian Covid HIAZ yang tertera di bawah.

Surat Jaminan

Pelanggan boleh menggunakan surat jaminan/guarantee letter untuk menjalani saringan Covid-19 di Az-Zahrah. Surat jaminan tersebut perlulah dibawa semasa tarikh temujanji atau dihantar ke talian Covid HIAZ melalui Whatsapp yang tertera di bawah sebagai rujukan pembayaran bagi pihak kami.

Soalan Lazim

Anda ada soalan? Kami ada jawapannya. Baca soalan lazim yang kami sediakan dibawah ini.

Anda perlu menghubungi syarikat penerbangan anda bagi maklumat lanjut. Tempoh yang sesuai untuk membuat saringan Covid-19 adalah berbeza bagi setiap syarikat penerbangan atau negara destinasi.

Ya, anda perlu melakukan ujian Covid-19 dan didapati negatif untuk dimasukkan ke dalam wad atau membuat pembedahan.

 

Tidak perlu risau, anda boleh menempah servis saringan Covid-19 on-site kami melalui talian yang tertera.



Jika anda adalah kontak rapat dengan pesakit Covid-19 tetapi tidak bergejala, anda tidak perlu melakukan ujian Covid-19. Akan tetapi, jika anda bergejala dan mempunyai kontak rapat atau pernah mengunjungi tempat disahkan kluster Covid-19, anda disarankan dengan segera melakukan ujian saringan Covid-19.

Setelah anda selesai membuat swab test, anda boleh membayar secara tunai atau secara menggunakan kad debit/kredit. Jika anda mahu menggunakan surat jaminan (GL), anda perlu memaklumkan kepada kami terlebih dahulu ketika anda membuat temujanji.

Boleh, sebarang rundingan dan tempahan servis saringan Covid-19 on-site boleh hubungi kami di talian yang tertera.

Scroll to Top

Dr. Mohd Hezery Harun

MD (USM), Doc. Ortho. & Traumatology (UKM)

WAKTU KLINIK

Sila rujuk jadual doktor yang kami sediakan bagi memudahkan anda untuk membuat sebarang perancangan jika perlu.

Hari Pagi Petang
Rabu
-
14:00 - 17:00
Jumaat
-
14:00 - 17:00

Kongsi di media sosial:

Whatsapp Kami

Beroperasi: Isnin - Jumaat

Hubungi Kami

Beroperasi: Isnin - Ahad