Pakar Pediatrik

Utama / Kepakaran / Pakar Pediatrik

Perkhidmatan & Rawatan Yang Ditawarkan

Penilaian Kesihatan Kanak-Kanak

Anak adalah satu anugerah daripada Allah SWT. Oleh itu, tumbesaran mereka adalah amat penting untuk dipantau. Antara aspek penting bagi penilaian kesihatan bayi dan kanak-kanak adalah seperti berikut:

  • Berat Badan
  • Tinggi
  • Penglihatan
  • Tahap perkembangan motor
    kasar dan halus
  • Pertuturan
  • Kognitif
  • Perkembangan
    psikososial

Ibu bapa yang peka mengenai fasa tumbesaran dan perkembangan anak mereka sewaktu dilahirkan sehingga dewasa dapat membantu dalam perkembangan fizikal, kognitif, bahasa, sosial, moral dan personaliti. Jika kanak-kanak tidak mencapai perkembangan sepatutnya pada tahap umur tertentu, ini merupakan suatu indikator berlakunya kelewatan dalam perkembangan kanak-kanak tersebut.

Di Hospital Islam Az-Zahrah, kami prihatin terhadap status perkembangan anak anda. Pakar Kanak-Kanak boleh mengesan dan mengenal pasti ciri-ciri berkeperluan khas yang diperlukan dan merancang intervensi yang sesuai bagi anak anda.

  • Kurang Perhatian / Gangguan Hiperaktif (ADHD)
  • Gangguan Spektrum Autisme
  • Cerebral Palsy
  • Kurang Upaya Perkembangan
  • Gangguan Pembelajaran
  • Distrofi Otot
  • Masalah Kongenital yang lain

Doktor Pakar

Sila klik “Info Lanjut” untuk maklumat mengenai waktu klinik.

Dr. Md Nazim Bin Abu

Pakar Pediatrik

Dr. Nik Rosenorleyaney Bt. Nik Ibrahim

Pakar Pediatrik

Dr. Siti Sarah Aishah Bt Suhaidi

Pakar Pediatrik

Pakar Kanak-kanak (Pediatrik) Az-Zahrah memberi rawatan perubatan khusus untuk kumpulan pesakit dalam julat umur kanak-kanak bermula daripada bayi yang baru dilahirkan sehinggalah peringkat remaja yang berusia 18 tahun. Ia merangkumi fasa pertumbuhan, perkembangan dan pengurusan kesihatan pesakit bagi penyakit biasa dan juga yang jarang berlaku kepada kanak-kanak pada peringkat umur mereka.

Di Az-Zahrah, Pakar Kanak-Kanak kami berpengalaman dan prihatin dalam memberikan diagnosis dan rawatan yang menyeluruh sama ada kepada bayi yang baru lahir, kanak-kanak atau remaja.

Anak-anak merupakan hibah dan anugerah daripada Allah, sebagaimana yang difirmankan-Nya:

يَهَبُ لِمَنْ يَشَاء إِنَاثًا وَيَهَبُ لِمَن يَشَاء الذُّكُورَ

Maksudnya: “Ia mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendakiNya.”
(Surah Asy-Syu’ara’: 49)

Scroll to Top

Dr. Nazim Bin Abu

M.D. (UKM), M.Med (PAED) (USM)

WAKTU KLINIK

Sila rujuk jadual doktor yang kami sediakan bagi memudahkan anda untuk membuat sebarang perancangan jika perlu.

Hari Pagi Petang
Isnin
09:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Selasa
09:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Rabu
09:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Khamis
09:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Jumaat
09:00 - 13:00
14:30 - 17:00
Sabtu
09:00 - 13:00
-

Kongsi di media sosial:

Dr Nik Rosenorleyaney Binti Nik Ibrahim

M.D. (UKM), M.Med (PAED) (USM)

WAKTU KLINIK

Sila rujuk jadual doktor yang kami sediakan bagi memudahkan anda untuk membuat sebarang perancangan jika perlu.

Hari Pagi Petang
Isnin
09:30 - 13:00
-
Selasa
09:30 - 13:00
-
Rabu
09:30 - 13:00
-
Khamis
09:30 - 13:00
-
Jumaat
09:30 - 13:00
-

Kongsi di media sosial:

Dr Siti Sarah Aishah Bt Suhaidi

MBBS (IMU), Dr. Paed (UKM)

WAKTU KLINIK

Sila rujuk jadual doktor yang kami sediakan bagi memudahkan anda untuk membuat sebarang perancangan jika perlu.

Hari Pagi Petang
Isnin
09:00 - 13:00
14:00 - 16:00
Selasa
09:00 - 13:00
14:00 - 16:00
Rabu
09:00 - 13:00
14:00 - 16:00
Khamis
09:00 - 13:00
14:00 - 16:00
Jumaat
09:00 - 13:00
14:00 - 16:00
Sabtu
09:00 - 13:00
-

Kongsi di media sosial:

Dr. Mohd Hezery Harun

MD (USM), Doc. Ortho. & Traumatology (UKM)

WAKTU KLINIK

Sila rujuk jadual doktor yang kami sediakan bagi memudahkan anda untuk membuat sebarang perancangan jika perlu.

Hari Pagi Petang
Rabu
-
14:00 - 17:00
Jumaat
-
14:00 - 17:00

Kongsi di media sosial:

Whatsapp Kami

Beroperasi: Isnin - Jumaat

Hubungi Kami

Beroperasi: Isnin - Ahad