Utama / Perkhidmatan Utama / Pakej Ujian HyFoSy

Ujian HyFoSy di Malaysia untuk memeriksa tiub fallopio tersumbat di Hospital Islam Az-Zahrah.

Pakej Ujian HyFoSy

Sukar Hamil? Mungkin Disebabkan Tiub Fallopio Tersumbat

Adakah anda mengalami kesukaran untuk hamil? Tiub fallopio tersumbat boleh menjadi salah satu punca utama masalah kesuburan bagi wanita. Jika anda sedang mencari rawatan untuk hamil cepat, Ujian HyFoSy di Malaysia adalah pilihan terbaik untuk menilai keadaan sistem pembiakan anda secara selesa, cepat, dan tanpa pembedahan.

Apa Itu Ujian HyFoSy?

Ujian HyFoSy (Hysterosalpingo Foam Sonography) adalah prosedur moden yang digunakan untuk mengesan tiub fallopio tersumbat dengan memasukkan buih kontras khas ke dalam rahim dan memantau pergerakannya menggunakan ultrasound TVS. Kaedah ini adalah alternatif kurang menyakitkan dan lebih selesa berbanding ujian HSG (Hysterosalpingography) yang menggunakan sinar X.

Perbandingan Harga: HSG vs HyFoSy

Ramai wanita mencari perbezaan antara harga HSG vs HyFoSy untuk memilih rawatan kesuburan yang terbaik. HyFoSy semakin popular kerana ia:
Kurang menyakitkan berbanding HSG
Tidak menggunakan radiasi
Prosedur lebih cepat & selesa

 Apa yang Termasuk dalam Pakej?

✔️ Konsultasi & prosedur oleh doktor pakar sakit puan di Bangi
✔️ Ultrasound TVS untuk menilai kesihatan tiub fallopio
✔️ Harga berpatutan: RM829 sahaja
✔️ Pelan bayaran ansuran 0% faedah bermula dari RM139/bulan

📅 Tempoh Promosi: 1 Januari – 31 Disember 2025

Siapa Yang Perlu Menjalani Ujian HyFoSy?

💡 Wanita yang mengalami sukar hamil tanpa sebab yang jelas
💡 Pasangan yang telah mencuba untuk hamil lebih dari setahun
💡 Individu yang pernah mengalami jangkitan rahim atau pembedahan pelvis
💡 Mereka yang ingin mengelakkan prosedur invasif seperti HSG

Panduan Sebelum Ujian HyFoSy

🔹 Prosedur dilakukan antara hari ke-6 hingga hari ke-11 kitaran haid (selepas darah haid berhenti).
🔹 Ujian kehamilan perlu negatif dalam tempoh 24 jam sebelum prosedur.
🔹 Temujanji diperlukan sebelum menjalani ujian.

Scroll to Top

Dr. Mohd Hezery Harun

MD (USM), Doc. Ortho. & Traumatology (UKM)

WAKTU KLINIK

Sila rujuk jadual doktor yang kami sediakan bagi memudahkan anda untuk membuat sebarang perancangan jika perlu.

Hari Pagi Petang
Rabu
14:00 – 17:00
Jumaat
14:00 – 17:00

Kongsi di media sosial: