Rashes & Gatal Semasa Hamil: Adakah Normal atau Bahaya?

Utama / Tentang Kami / Tentang Az-Zahrah

Ibu Mengandung, Pernah Alami Kulit Gatal atau Ruam?

Kehamilan adalah fasa indah, tetapi ramai ibu hamil berdepan perubahan kulit – daripada kulit kering, rasa gatal, sehinggalah muncul ruam. Persoalannya, adakah keadaan ini normal atau tanda sesuatu yang lebih serius?

Mengapa Kulit Gatal Berlaku Semasa Hamil?

Menurut Dr. Fazlina Hanum Bt. Mohd Ali, Pakar Perbidanan & Sakit Puan di Hospital Islam Az-Zahrah, rasa gatal pada kulit ketika hamil adalah perkara biasa. Ia sering berlaku akibat:

  • Perubahan hormon yang mempengaruhi kulit
  • Kulit meregang terutama di bahagian perut, punggung, dan payudara
  • Kulit kering yang menyebabkan rasa tidak selesa

Namun, Dr. Fazlina mengingatkan:

“Jika rasa gatal disertai dengan ruam, ibu hamil perlu segera berjumpa doktor. Ini kerana ruam mungkin bukan sekadar perubahan biasa semasa kehamilan, tetapi boleh berpunca daripada jangkitan kulit atau penyakit berjangkit.”

Jenis Ruam Semasa Hamil

Sesetengah ibu hamil mungkin mengalami ruam menyerupai jerawat kecil akibat perubahan hormon. Ada juga ruam yang berlarutan dan memerlukan pemeriksaan lanjut kerana berisiko berkaitan jangkitan virus.

Cara Selamat Kurangkan Gatal Semasa Hamil

  • Ubat antihistamin ringan seperti pyrithone boleh diambil dengan selamat (hanya bila perlu).
  • Krim atau losyen pelembap boleh membantu, tetapi pastikan ia sesuai untuk ibu hamil.
  • Elakkan penggunaan berterusan krim steroid tanpa nasihat doktor, kerana ia mungkin mengandungi dos tinggi yang tidak selamat untuk kehamilan.

Bila Perlu Jumpa Doktor?

  • Ruam berpanjangan dan tidak hilang
  • Rasa gatal sangat mengganggu tidur atau aktiviti harian
  • Ada tanda jangkitan seperti demam, bintik air, atau nanah

Rasa gatal tanpa ruam semasa hamil biasanya tidak berbahaya. Namun, jika disertai ruam atau berpanjangan, jangan ambil mudah. Dapatkan pemeriksaan doktor untuk memastikan kesihatan ibu dan bayi berada dalam keadaan baik.

☎️ Untuk sebarang pertanyaan atau temujanji dengan Pakar Perbidanan & Sakit Puan, sila hubungi Hospital Islam Az-Zahrah di talian 03-8921 2525

Kenali Pakar Perbidanan & Sakit Puan Hospital Islam Az-Zahrah

Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Islam Az-Zahrah – Senarai Doktor Wanita

Di Hospital Islam Az-Zahrah, kami memahami keperluan wanita untuk mendapatkan rawatan yang selamat, selesa dan mesra ibadah. Barisan doktor pakar perbidanan & sakit puan wanita kami berdedikasi dalam memberikan rawatan menyeluruh, dari penjagaan kehamilan, proses kelahiran, kesihatan reproduktif, hingga rawatan kesuburan.

Dengan kepakaran dan pengalaman luas, doktor kami komited memastikan setiap pesakit mendapat layanan terbaik, penuh kasih sayang serta mematuhi nilai-nilai Islam. Sama ada anda merancang kehamilan, sedang hamil atau memerlukan rawatan khusus wanita, Hospital Islam Az-Zahrah sedia menjadi pilihan anda.

Kongsi di media sosial:

Scroll to Top

Dr. Mohd Hezery Harun

MD (USM), Doc. Ortho. & Traumatology (UKM)

WAKTU KLINIK

Sila rujuk jadual doktor yang kami sediakan bagi memudahkan anda untuk membuat sebarang perancangan jika perlu.

Hari Pagi Petang
Khamis
17:00 – 20:00

Kongsi di media sosial: