Bagaimana Suntikan Seperti Mounjaro Membantu Turunkan Berat Badan

Utama / Tentang Kami / Tentang Az-Zahrah

Memahami Bagaimana Suntikan untuk Weight Loss Sebenarnya Berfungsi

Masih ramai yang tertanya-tanya, “Macam mana sebenarnya suntikan weight loss seperti Mounjaro, Ozempic & Wegovy boleh turunkan berat badan?”

Di Hospital Islam Az-Zahrah, rawatan suntikan ini diberikan secara terkawal dan dipantau oleh doktor bertauliah supaya pesakit memahami mekanisme sebenar ubat dan cara penggunaan yang betul.

Menurut Doktor Hafiza, Pegawai Perubatan Wellness kami, kunci utama kepada rawatan ini adalah hormon yang dinamakan GLP-1.

Apa Itu Hormon GLP-1?

GLP-1 (Glucagon-Like Peptide-1) ialah hormon yang membantu mengawal paras gula dalam darah dan sensitiviti insulin.

Bagaimana GLP-1 Bertindak Dalam Badan?

Menurut penjelasan doktor:

“Key sebenarnya macam mana ubat ni boleh buat kita lose weight, dia tambah hormon yang nama dia GLP-1. Fungsi GLP-1 ni untuk bantu insulin jadi lebih sensitif.”

Masalah utama individu yang mempunyai berat badan berlebihan ialah insulin tidak lagi bekerja dengan efektif.

Analogi “Peti Ais” Untuk Fahamkan Lemak & Insulin

Doktor menerangkan dengan analogi yang mudah difahami:

Bayangkan badan kita seperti sebuah rumah.

  • Peti ais penuh makanan = simpanan lemak (fat reserve)
  • Insulin = penjaga pintu peti ais
  • Sel badan = perlukan tenaga

Apabila insulin berfungsi dengan baik, ia akan “membuka pintu” supaya tenaga boleh digunakan.

Tetapi apabila insulin sudah terlalu tepu atau tidak sensitif:

  • Pintu tidak dibuka dengan baik
  • Sel tidak mendapat tenaga
  • Otak menerima signal “lapar”
  • Kita mula craving makanan, terutama makanan manis

Itulah sebabnya ramai yang:

  • Selalu rasa lapar walaupun sudah makan
  • Kerap craving benda manis
  • Sukar turunkan berat badan

Bagaimana Suntikan GLP-1 Membantu Proses Fat Loss?

Menurut doktor:

“Apa yang GLP-1 injection ni buat, dia stimulate insulin untuk bukakan pintu tu dan keluarkan simpanan kita iaitu lemak untuk digunakan sebagai tenaga.”

Apabila pintu dibuka dengan betul:

✔ Simpanan lemak mula digunakan
✔ Badan guna fat reserve sebagai sumber tenaga
✔ Proses fat loss berlaku secara fisiologi

Inilah yang menyebabkan penurunan berat badan berlaku.

Kenapa Ada Pesakit Tidak Turun Berat Walaupun Dah Ambil Ubat?

Ramai menyangka suntikan ini sahaja sudah mencukupi. Hakikatnya, ia bukan “ubat ajaib”.

Doktor menjelaskan:

“Kalau you start ubat ni tapi makan tak jaga, aktiviti tak buat insulin buka pintu, tapi makanan tak keluar. Dia tutup balik. Takkan ada fat loss.”

Antara sebab kegagalan rawatan:

  • Tidak kawal pemakanan
  • Tiada aktiviti fizikal
  • Beli sendiri tanpa konsultasi doktor
  • Dos tidak sesuai

Sebab itu pemantauan doktor sangat penting.

Pentingnya Konsultasi Doktor Sebelum Rawatan

Rawatan weight loss injection perlu:

  • Pemeriksaan kesihatan awal
  • Penilaian BMI & komposisi badan
  • Penyesuaian dos secara berperingkat
  • Pemantauan kesan sampingan

Rawatan tanpa pemantauan boleh menyebabkan:

  • Tiada hasil
  • Penggunaan dos tidak tepat
  • Risiko kesihatan lain

Di Hospital Islam Az-Zahrah, rawatan ini dijalankan di bawah pemantauan Pegawai Perubatan Wellness bagi memastikan keselamatan dan keberkesanan.

Pakej Program Weight Loss Az-Zahrah

Program weight loss Ozempic, wegowy dan Mounjaro di Bangi

Kongsi di media sosial:

Scroll to Top

Dr. Mohd Hezery Harun

MD (USM), Doc. Ortho. & Traumatology (UKM)

WAKTU KLINIK

Sila rujuk jadual doktor yang kami sediakan bagi memudahkan anda untuk membuat sebarang perancangan jika perlu.

Hari Pagi Petang
Khamis
17:00 – 20:00

Kongsi di media sosial: