Utama / Perkhidmatan Utama / Kelas Antenatal 2026
Kelas Antenatal 2026
Di Hospital Islam Az-Zahrah (HIAZ), kami menyediakan Kelas Antenatal bagi tahun 2025. Disarankan kepada ibu hamil di usia kandungan seawal 14 minggu hingga 33 minggu.
𝐓𝐀𝐊𝐖𝐈𝐌 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐒 𝐌𝐄𝐆𝐀 𝐀𝐍𝐓𝐄𝐍𝐀𝐓𝐀𝐋 𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌 𝐀𝐙-𝐙𝐀𝐇𝐑𝐀𝐇
Kelas Mega Antenatal 2026 anjuran Hospital Islam Az-Zahrah merupakan program persediaan kehamilan dan kelahiran yang komprehensif, praktikal dan berlandaskan nilai Islam. Program ini direka khas untuk membantu bakal ibu dan ayah memahami proses kehamilan, kelahiran serta penjagaan bayi dengan lebih yakin dan tenang.
Dibimbing oleh pakar perbidanan dan sakit puan berpengalaman, kelas ini sesuai untuk ibu hamil yang ingin mendapatkan ilmu tepat, sokongan emosi serta persediaan fizikal dan mental sebelum bersalin.
Sepanjang program ini, peserta akan didedahkan kepada pelbagai topik penting termasuk:
- Sunnah dalam Kelahiran Islam
- Memahami & Mengurus Bayi Baru Lahir
- Memahami Proses Kehamilan & Kelahiran
- Teknik Penyusuan Susu Ibu
- Teknik Senaman & Pernafasan Ibu Hamil
- Kaedah Mengurangkan Kesakitan Semasa Bersalin
Tarikh & Lokasi Kelas
- 1 Februari 2026
- 12 April 2026
- 4 Julai 2026
- 5 Julai 2026
- 6 September 2026
- 8 November 2026
⏰ Masa: 8.30 pagi – 5.30 petang
📍 Tempat: Bangi Convention Center
Yuran Penyertaan
🎉 PERCUMA
Untuk ibu yang bersalin di Hospital Islam Az-Zahrah
💳 RM249 / pasangan
Untuk peserta umum
🎁 Istimewa untuk peserta:
Cenderahati eksklusif & cabutan bertuah disediakan
Syarat Penyertaan
- Terbuka kepada ibu hamil 14 hingga 33 minggu kehamilan
- Terhad kepada 150 pasangan sahaja bagi setiap sesi
- Termasuk makanan & minuman sepanjang program
Sambut Kelahiran Si Manja dengan Pakej Bersalin Hospital Islam Az-Zahrah
Sambut detik kelahiran si manja dengan penuh ketenangan dengan . Setiap ibu bakal menikmati pengalaman bersalin yang selesa, selamat dan mesra ibadah.
Pakej ini merangkumi konsultasi bersama pakar perbidanan serta pakar kanak-kanak, suntikan imunisasi asas bayi, ujian darah, nurseri bayi, penginapan, makanan, serta ubatan standard.
Kenali Pakar Perbidanan & Sakit Puan Hospital Islam Az-Zahrah
Di Hospital Islam Az-Zahrah, kami memahami keperluan wanita untuk mendapatkan rawatan yang selamat, selesa dan mesra ibadah. Barisan doktor pakar perbidanan & sakit puan wanita kami berdedikasi dalam memberikan rawatan menyeluruh, dari penjagaan kehamilan, proses kelahiran, kesihatan reproduktif, hingga rawatan kesuburan.
Dengan kepakaran dan pengalaman luas, doktor kami komited memastikan setiap pesakit mendapat layanan terbaik, penuh kasih sayang serta mematuhi nilai-nilai Islam. Sama ada anda merancang kehamilan, sedang hamil atau memerlukan rawatan khusus wanita, Hospital Islam Az-Zahrah sedia menjadi pilihan anda.
Soalan Lazim
Kelas ini terbuka kepada ibu hamil (dan pasangan) yang ingin mempersiapkan diri menghadapi proses kelahiran serta penjagaan bayi baru lahir. Disyorkan pada kehamilan 16 - 33 minggu.
Yuran adalah RM199/sepasang. Namun, bagi ibu yang bersalin di Hospital Islam Az-Zahrah, penyertaan adalah PERCUMA.
Walau bagaimanapun, pelanggan yang akan bersalin di Az-Zahrah perlu membayar yuran terlebih dahulu semasa pendaftaran. Yuran ini akan dikembalikan sepenuhnya atau ditolak daripada bil akhir bersalin nanti.
Kelas bermula jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang dalam satu hari penuh.
Kelas akan dijalankan dalam Bahasa Melayu dengan penerangan mudah difahami, serta diselitkan istilah perubatan yang berkaitan.
Ya, pihak hospital menyediakan sarapan, minum pagi, makan tengah hari dan minum petang untuk peserta.
Ya, terdapat sesi soal jawab interaktif bersama pakar supaya peserta lebih jelas tentang proses kehamilan, kelahiran dan penjagaan bayi.
Pemulangan yuran dibenarkan sekiranya permohonan dibuat selewat-lewatnya pada dua minggu sebelum program berlangsung.
Bagi pembatalan selepas tarikh tersebut, pemulangan yuran hanya akan dipertimbangkan atas sebab-sebab kecemasan seperti berikut:
✅ Komplikasi kandungan
✅ Bersalin lebih awal daripada jangkaan
✅ Kemasukan ke hospital
Untuk permohonan ini, peserta perlu sertakan bukti seperti bil kemasukan wad bagi tujuan semakan dan pengesahan.
Pendaftaran boleh dibuat melalui pautan di laman web rasmi atau terus WhatsApp kami di 016-332 8733