Orthopaedic Specialist
& Trauma di Bangi
Sakit sendi, kecederaan sukan
atau patah tulang.
Klinik Ortopedik Az-Zahrah menilai masalah tulang, sendi dan otot, termasuk kecederaan sukan, sakit belakang dan kecederaan akibat kemalangan.
Kenali pakar kami ↓
Masalah yang boleh dinilai
Kenali antara masalah ortopedik yang boleh dibincangkan semasa konsultasi bersama pakar.
Sakit lutut & osteoarthritis
Sakit lutut berterusan, bengkak atau sukar menaiki tangga. Penilaian awal penting sebelum keadaan sendi bertambah teruk.
Kecederaan sukan
ACL, meniskus atau buku alih terpulas semasa bersukan. Doktor menilai kecederaan dan pilihan pemulihan.
Sakit belakang & leher
Sakit pinggang berulang, sakit belakang menurun ke kaki, atau sakit leher berpanjangan yang perlu dinilai.
Patah tulang & trauma
Kecederaan akibat kemalangan, terjatuh atau kecederaan di tempat kerja yang memerlukan penilaian ortopedik.
Sakit bahu, siku & tangan
Sakit bahu semasa mengangkat tangan, siku yang sakit, atau trigger finger yang menyukarkan pergerakan.
Sindrom terowong carpal
Kebas dan sakit pada ibu jari, telunjuk dan jari tengah. Sering berlaku kepada mereka yang bekerja lama dengan komputer.
Kad 1 daripada 6
Kenali pakar ortopedik kami
Pilih pakar mengikut keperluan anda. Semak waktu klinik dan tempah slot melalui Chup.

Dr. Azaiddin Bin Akasah
Orthopaedic & Trauma Surgeon
MBBS (UM), MS Ortho(UKM)

Dr. Ashraf Hakim Ab Halim
Orthopaedic & Trauma Surgeon
MD (UKM), MS Ortho (UKM)

Dr. Mohd Hezery Harun
Pakar Ortopedik Trauma & Tulang Belakang
MD (USM), Doc. Ortho. & Traumatology (UKM)
Pemeriksaan & pilihan rawatan
Keperluan setiap pesakit berbeza. Pakar akan menerangkan hasil penilaian dan pilihan yang sesuai sebelum rawatan dirancang.
Konsultasi & penilaian ortopedik
Sejarah kecederaan, pemeriksaan fizikal dan perbincangan pilihan rawatan sebelum apa-apa keputusan dibuat.
X-ray & ujian imbasan
X-ray di hospital atau rujukan untuk MRI/CT jika perlu bagi menilai tulang, sendi dan tisu lembut.
Prosedur di klinik
Suntikan (termasuk PRP), pemasangan simen/plaster, dresssing luka dan rawatan kecil yang tidak memerlukan pembedahan.
Pembedahan ortopedik
ORIF (plate dan screw), arthroscopy, pengurangan manipulatif tertutup. Pilihan bergantung pada jenis kecederaan.
Apa yang berlaku semasa lawatan pertama?
Bawa keputusan X-ray atau MRI terdahulu jika ada, senarai ubat, dan maklumat panel insurans.
Ceritakan kecederaan
Bila ia berlaku, bagaimana ia terjadi, dan apa yang anda tidak boleh lakukan sekarang.
Pemeriksaan fizikal
Doktor memeriksa pergerakan, kekuatan dan bengkak, kemudian menentukan perlu X-ray atau tidak.
Fahami pilihan
Bincangkan rawatan konservatif (ubat, fisioterapi) berbanding pembedahan, termasuk jangka pemulihan.
Rancang pemulihan
Tetapkan jadual susulan atau rujukan fisioterapi dan arahan aktiviti yang perlu dielakkan.
Perkhidmatan & pakej berkaitan
Lihat maklumat lanjut tentang pakej dan pemeriksaan yang berkaitan dengan keperluan anda.
ACL & Sports Injuries Treatment
Maklumat kecederaan ligamen, pilihan rawatan dan pemulihan.
Lihat maklumat lanjut →Pakej Suntikan Lutut
Pilihan suntikan untuk sakit lutut dan osteoarthritis awal.
Lihat maklumat lanjut →Fisioterapi Low Back & Neck Pain
Pakej fisioterapi untuk sakit belakang dan leher.
Lihat maklumat lanjut →Soalan lazim
Bilakah saya perlu berjumpa pakar ortopedik?
Jika sakit atau kecederaan tidak pulih dalam 1 hingga 2 minggu, bengkak berterusan, atau anda tidak boleh menanggung berat badan, penilaian ortopedik adalah langkah seterusnya.
Perlukah saya membawa X-ray atau MRI sendiri?
Bawa bersama jika anda sudah membuat imbasan di tempat lain. Ia mempercepatkan penilaian dan mengelakkan ujian berulang.
Adakah semua kes perlu pembedahan?
Tidak. Kebanyakan kes dirawat secara konservatif: ubat, fisioterapi, suntikan atau pemakaian brace. Pembedahan hanya dicadangkan jika pilihan lain tidak berkesan.
Berapa lama pemulihan selepas pembedahan?
Bergantung pada jenis pembedahan. Selepas arthroscopy biasanya beberapa minggu, manakala patah tulang yang memerlukan ORIF boleh ambil 3 hingga 6 bulan untuk pulih sepenuhnya.
Perlukah berpuasa sebelum lawatan?
Untuk konsultasi biasa, tidak perlu. Puasa hanya diperlukan jika ada prosedur atau pembedahan yang dirancang.
Bolehkah saya menggunakan insurans atau panel?
Bawa kad panel atau surat jaminan jika ada. Semak dengan pihak hospital tentang kelulusan sebelum prosedur dijalankan.
Mulakan dengan
konsultasi bersama pakar.
Tempah temu janji atau hubungi kami untuk pertanyaan tentang perkhidmatan ortopedik.
Hospital Islam Az-Zahrah34, Jalan Medan PB 1, Seksyen 9,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.