Kerjaya di Hospital Islam Az-Zahrah

Bina Kerjaya Bermakna Bersama Kami

Sertai pasukan profesional Hospital Islam Az-Zahrah di Bandar Baru Bangi. Kami mengalu-alukan calon yang berdedikasi, berintegriti dan komited dalam memberikan perkhidmatan kesihatan berkualiti kepada masyarakat.

Peluang Kerjaya Terkini

Senarai Jawatan Kosong Hospital Islam Az-Zahrah

Pilih jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan dan pengalaman anda, kemudian tekan “Mohon Sekarang” untuk terus ke borang permohonan.

Jawatan kosong Jururawat Terlatih di Hospital Islam Az-Zahrah

Staff Nurse

Immediate hiring Syif / giliran
  • Calon perempuan.
  • Warganegara Malaysia.
  • Waktu kerja mengikut syif atau giliran.
  • Mempunyai kelayakan kejururawatan yang berkaitan.
Jawatan kosong Pembantu Kesihatan di Hospital Islam Az-Zahrah

Healthcare Assistant

Kelayakan SPM Syif / giliran
  • Kemasukan segera.
  • Calon perempuan.
  • Warganegara Malaysia.
  • Kelayakan minimum SPM.
  • Waktu kerja mengikut syif atau giliran.
Peluang latihan industri di Hospital Islam Az-Zahrah

Pegawai Syariah & Dakwah

Ijazah Sarjana Muda Pengalaman 1 tahun
  • Kemasukan segera.
  • Calon perempuan dan warganegara Malaysia.
  • Ijazah Sarjana Muda dalam Pengajian Islam, Syariah atau bidang berkaitan.
  • Sekurang-kurangnya satu tahun pengalaman dalam bidang Syariah.
  • Mempunyai kemahiran komunikasi, pengucapan awam dan interpersonal yang baik.
Peluang latihan industri di Hospital Islam Az-Zahrah

Industrial Trainee

Diploma / Ijazah Lelaki / Perempuan
  • Kemasukan segera.
  • Warganegara Malaysia.
  • Pelajar peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda.
  • Bidang latihan, pentadbiran, sumber manusia atau kesetiausahaan.
Jawatan kosong Pramusaji di Hospital Islam Az-Zahrah

Pramusaji

Kelayakan SPM Syif / giliran
  • Kemasukan segera.
  • Calon perempuan.
  • Kelayakan minimum SPM.
  • Waktu kerja mengikut syif atau giliran.
  • Berpengalaman dalam penyediaan pesanan, proses plating dan menghidangkan makanan dengan kemas.
Manfaat Warga Kerja

Manfaat Kerjaya

Kami menyediakan persekitaran yang menyokong perkembangan profesional serta kebajikan warga kerja Hospital Islam Az-Zahrah.

⌂
Kemudahan asrama

Asrama disediakan kepada calon wanita yang berjaya, tertakluk kepada kekosongan dan syarat.

RM
Pakej gaji kompetitif

Termasuk caruman KWSP, PERKESO dan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP).

◷
Annual leave & medical leave

Kemudahan cuti disediakan selaras dengan polisi dan kelayakan jawatan.

↗
Perkembangan kerjaya

Peluang membina kemahiran dan berkembang melalui laluan kerjaya yang bersesuaian.

♥
Persekitaran kondusif

Suasana kerja profesional yang menggalakkan kerjasama dan budaya saling menghormati.

+
Manfaat perubatan tahunan

Manfaat perubatan disediakan mengikut polisi dan kelayakan warga kerja.

Apply Now

Scroll to Top

Dr. Mohd Hezery Harun

MD (USM), Doc. Ortho. & Traumatology (UKM)

WAKTU KLINIK

Sila rujuk jadual doktor yang kami sediakan bagi memudahkan anda untuk membuat sebarang perancangan jika perlu.

Hari Pagi Petang
Khamis
–
17:00 – 20:00

Kongsi di media sosial: