Utama / Perkhidmatan Utama / Pakej Khatan Hospital Islam Az-Zahrah
Circumcision Package Cuti Sekolah
Rancang khatan anak dengan lebih selesa sempena cuti sekolah. Pilihan pakej tersedia untuk bayi, kanak-kanak dan dewasa.
Pilih Pakej Mengikut Umur
Pakej khatan tersedia untuk bayi, kanak-kanak dan dewasa.
Bayi
Pilihan khatan bayi bersama doktor pakar.
Kanak-Kanak
Sesuai untuk anak yang ingin berkhatan sempena cuti sekolah.
Dewasa
Pilihan khatan dewasa bersama doktor pakar.
Ansuran 0% Faedah Tersedia
Nikmati kemudahan bayaran secara ansuran 0% faedah untuk rawatan anda melalui kad kredit bank terpilih, tertakluk kepada terma dan syarat.
PERCUMA T-Shirt & Bag Bernilai RM80
Setiap tempahan Pakej Khatan Cuti Sekolah berpeluang menerima T-Shirt dan Bag Eksklusif Az-Zahrah Premium Kids Club sebagai hadiah istimewa.
Free Gift
T-Shirt + Bag Eksklusif untuk tempahan pakej khatan terpilih.
Harga Pakej Sudah Termasuk
Berikut merupakan perkara yang termasuk dalam Pakej Khatan Cuti Sekolah.
Kenapa Pilih Hospital Islam Az-Zahrah?
Pakej khatan disediakan dalam persekitaran hospital yang selesa, teratur dan mesra keluarga.
Rawatan Oleh Doktor Pakar
Pilihan pakej bersama doktor pakar mengikut kategori dan keperluan pesakit.
Hospital Mesra Ibadah & Patuh Syariah
Perkhidmatan hospital yang menitikberatkan keselesaan, adab dan nilai mesra ibadah.
Pelan Ansuran 0% Faedah
Kemudahan bayaran ansuran bulanan melalui bank terpilih, tertakluk kepada terma dan syarat.
Lokasi Strategik di Bangi
Terletak di Bandar Baru Bangi dan mudah diakses oleh penduduk Bangi, Kajang dan Putrajaya.
Khatan Lebih Yakin Dengan Rawatan Doktor Pakar
Berikan keselesaan dan keyakinan kepada anak anda dengan memilih Pakej Khatan bersama Doktor Pakar di Hospital Islam Az-Zahrah. Sesuai untuk ibu bapa yang mementingkan rawatan yang lebih teratur, selesa dan diyakini.
Assc. Prof. Dr. Mohamad Salleh Bin Abdul Aziz
MD (USM), Master of Surgery (UKM)
MMC 37761 · NSR 130162
Pakej khatan bersama pakar dikendalikan oleh doktor berpengalaman dalam bidang pembedahan. Ini memberikan keyakinan tambahan kepada ibu bapa yang mahu anak menjalani prosedur khatan dalam suasana hospital yang lebih tersusun dan profesional.
Rawatan Oleh Pakar
Memberi nilai tambah kepada keluarga yang mahu khatan dilakukan oleh doktor pakar yang berpengalaman.
Lebih Tenang Untuk Ibu Bapa
Sesuai untuk ibu bapa yang mementingkan keyakinan, keselesaan dan pemantauan yang baik.
Sesuai Untuk Pelbagai Umur
Pakej tersedia untuk bayi, kanak-kanak dan dewasa mengikut keperluan serta kaedah yang bersesuaian.
Di Hospital Islam Az-Zahrah
Rawatan dijalankan dalam persekitaran hospital yang mesra ibadah, selesa dan lebih teratur.
Kenapa Ramai Pilih Pakej Khatan Bersama Pakar?
Dikendalikan Pakar
Memberi keyakinan lebih tinggi kepada ibu bapa yang mahukan rawatan oleh doktor pakar.
Persekitaran Hospital
Lebih selesa dan tersusun untuk proses rawatan, pemantauan dan penjagaan selepas prosedur.
Sesuai Untuk Keluarga
Membantu ibu bapa membuat pilihan yang lebih yakin untuk khatan anak sempena cuti sekolah.
Nilai Tambah Pakej
Pakej lebih premium untuk mereka yang mengutamakan pengalaman rawatan yang lebih meyakinkan.
Mr Mohamad Salleh Bin Abdul Aziz
MD (UKM), MS (UKM)
Waktu Klinik
Sila rujuk jadual doktor yang kami sediakan bagi memudahkan anda untuk membuat sebarang perancangan jika perlu.
| Hari | Pagi | Petang |
|---|---|---|
| Isnin | 09:00 – 12:00 | – |
| Selasa | 09:00 – 12:00 | – |
| Rabu | 09:00 – 12:00 | – |
| Khamis | – | 14:30 – 16:30 |
| Jumaat | 09:00 – 12:00 | – |
Soalan Lazim Pakej Khatan
Berikut merupakan beberapa soalan yang sering ditanya berkaitan prosedur khatan di Hospital Islam Az-Zahrah.
Khatan secara Plastibell melibatkan penggunaan clamp plastik berbentuk loceng atau cincin plastik yang diletakkan antara glan kepala zakar dan kulit foreskin zakar. Lilitan tali akan diikat mengelilingi foreskin di cincin tersebut dan lebihan kulit akan dipotong. Cincin plastik itu akan tertanggal sendiri selepas 7 hingga 14 hari dan anda tidak perlu melakukan dressing atau balutan sepanjang tempoh penjagaan.
Khatan secara diathermy adalah prosedur khatan menggunakan alatan electrosurgery untuk membuang kulit lebihan zakar. Dengan prosedur diathermy, hemostasis dapat dicapai di mana kulit zakar dapat sembuh secara semulajadi.
Pada usia tersebut, kanak-kanak mungkin sukar memberi kerjasama dan keadaan ini boleh membahayakan prosedur khatan. Pemeriksaan serta nasihat doktor diperlukan bagi menentukan kaedah khatan yang lebih sesuai dan selamat untuk anak.
Anda boleh mendapatkan seluar khatan “Cut-Ten” di farmasi Hospital Islam Az-Zahrah.
Tempah Slot Khatan Cuti Sekolah Sekarang
Buat tempahan awal untuk memilih pakej khatan yang sesuai bagi bayi, kanak-kanak atau dewasa di Hospital Islam Az-Zahrah.