Utama / Perkhidmatan Utama / Pemeriksaan Kesihatan Haji & Umrah

Pakej Pemeriksaan Kesihatan Haji & Umrah

Persediaan kesihatan sebelum menunaikan ibadah Haji atau Umrah sangat penting untuk memastikan kelancaran dan keselesaan perjalanan anda. Hospital Islam Az-Zahrah kini menawarkan Pakej Kesihatan Haji & Umrah yang komprehensif dari 17 hingga 31 Disember 2024, khas untuk bakal jemaah.

Pilihan Pakej Kesihatan & Vaksin

Pakej A: RM119

  • Pemeriksaan kesihatan sahaja (siap dalam 1 hari).
  • Harga istimewa warga emas: RM109.

Pakej B: RM249

  • Pemeriksaan kesihatan.
  • Suntikan vaksin: Meningococcal (Menactra).
  • Harga istimewa warga emas: RM239.

Pakej C: RM299

  • Pemeriksaan kesihatan.
  • Suntikan vaksin: Meningococcal (Menactra) & Influenza (Vaxigrip).
  • Harga istimewa warga emas: RM289.

Pakej D: RM489

  • Pemeriksaan kesihatan.
  • Suntikan vaksin: Meningococcal (Menactra) & Pneumococcal (Prevnar 13).
  • Harga istimewa warga emas: RM479.

Pakej E: RM529

  • Pemeriksaan kesihatan.
  • Suntikan vaksin: Meningococcal (Menactra), Influenza (Vaxigrip), & Pneumococcal (Prevnar 13).
  • Harga istimewa warga emas: RM519.

Pilihan Suntikan Vaksin Sahaja

Jika anda hanya memerlukan suntikan vaksin, berikut adalah pilihan yang tersedia:

  • Pakej A: RM159 (Meningococcal).
  • Pakej B: RM209 (Meningococcal + Influenza).
  • Pakej C: RM419 (Meningococcal + Pneumococcal).
  • Pakej D: RM449 (Meningococcal + Influenza + Pneumococcal).
    Harga istimewa untuk warga emas tersedia.

Ujian Tambahan (Jika Ada Indikasi Klinikal)

  • Pakej GT1 plus HbA1c: RM110 (termasuk ujian darah dan pelbagai parameter kesihatan).
  • X-ray Dada: RM40.
  • ECG: RM30.

Kenapa Pilih Hospital Islam Az-Zahrah?

  • Mesra Ibadah: Perkhidmatan kami direka khusus untuk keperluan anda sebagai jemaah.
  • Doktor Berpengalaman: Pemeriksaan dilakukan oleh pegawai perubatan yang mahir.
  • Kemudahan Moden: Semua ujian dan vaksin dilakukan di bawah satu bumbung.

Maklumat Penting

  • Waktu Operasi Pakej Kesihatan:
    • Isnin – Jumaat: 8.00 pagi – 5.00 petang.
    • Sabtu: 8.00 pagi – 3.00 petang.
  • Sebarang Pertanyaan: Hubungi kami di:
    • +603 8921 2525 (Waktu pejabat).
    • +6016 332 8733 (Talian pemasaran).

Hubungi Kami Sekarang!

Pastikan persiapan kesihatan anda lengkap sebelum menunaikan ibadah Haji atau Umrah. Tempah pakej kesihatan anda sekarang di Hospital Islam Az-Zahrah, Bangi.

Soalan Lazim

Anda ada soalan? Kami ada jawapannya. Baca soalan lazim yang kami sediakan dibawah ini.

Untuk menunaikan haji, anda diperlukan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum penerbangan anda. Bagi menunaikan umrah, anda hanya perlu mendapatkan vaksin.

Anda perlu berpuasa sekurang-kurangnya 8 jam sebelum anda menjalani pemeriksaan kesihatan.

Vaksin yang diperlukan adalah vaksin imunisasi terhadap meningococcal. Vaksin Influenza dan Pneumococcal adalah vaksin pilihan tambahan.

Tempoh yang paling sesuai untuk anda mendapatkan vaksin atau menjalani pemeriksaan kesihatan adalah 14 hari sebelum anda berangkat untuk mengerjakan haji atau umrah.

Antara kesan sampingan selepas suntikan vaksin meningococcal adalah demam ringan atau kemerahan di tempat suntikan.

Di Hospital Islam Az-Zahrah (HIAZ), Pemeriksaan Kesihatan Pakej B adalah memadai kerana pakej tersebut merangkumi pemeriksaan kesihatan dan vaksin yang diperlukan. Namun, atas nasihat doktor dan indikasi klinikal, anda mungkin perlu mendapatkan tambahan pemeriksaan yang lain seperti Pakej GT1 + HbA1c.

Dalam beberapa jam pada hari yang sama, anda boleh mendapatkan laporan lengkap pemeriksaan kesihatan anda.

Boleh, anda akan menerima sebuah buku vaksin serta pengesahan dari doktor.

Ya, anda boleh membuat temujanji di talian yang tertera.

Scroll to Top

Dr. Mohd Hezery Harun

MD (USM), Doc. Ortho. & Traumatology (UKM)

WAKTU KLINIK

Sila rujuk jadual doktor yang kami sediakan bagi memudahkan anda untuk membuat sebarang perancangan jika perlu.

Hari Pagi Petang
Rabu
-
14:00 - 17:00
Jumaat
-
14:00 - 17:00

Kongsi di media sosial:

Whatsapp Kami

Beroperasi: Isnin - Jumaat

Hubungi Kami

Beroperasi: Isnin - Ahad