TENTANG AZ-ZAHRAH

Hospital Islam Az-Zahrah (HIAZ)

Merupakan sebuah hospital multi-disiplin yang berkonsepkan Hospital Mesra Ibadah (HMI). Hospital ini mula beroperasi pada Oktober 1997 dan ditubuhkan  bagi menawarkan perkhidmatan kesihatan yang proaktif,  professional, efisyen dan berkualiti dengan layanan yang mesra seiring dengan moto:

 “Dengan Keprihatinan, Kami Merawat Pesakit”

Pelbagai perkhidmatan pakar turut disediakan termasuk Perbidanan dan Sakit Puan, Kanak-kanak, Ortopedik, Bedah, Perubatan Dalaman, Bius, Radiologi, Mata, Telinga, Hidung dan Tekak serta Kulit. Hospital ini turut dilengkapi dengan kemudahan perubatan moden iaitu Unit Kemalangan dan Kecemasan 24-jam, Dewan Bedah, Bilik Bersalin, Makmal Perubatan Klinikal, Unit Pengimejan Diagnostik, Saringan Kesihatan berserta perkhidmatan Fisioterapi.

Suasana tenang dengan pengamalan Konsep Hospital Mesra Ibadah diharapkan membantu pesakit dan pelanggan dalam proses perawatan dan penyembuhan, Insyaallah.

VISI

Mempunyai rangkaian hospital di setiap negeri di Malaysia dan 3 buah hospital di luar negara pada tahun 2035.

MISI

Menawarkan perkhidmatan Hospital Mesra Ibadah yang bersifat proaktif,  professional, efisyen dan berkualiti dengan layanan yang mesra.