Perkhidmatan Am
Utama / Perkhidmatan & Promosi / Perkhidmatan Am
Nurseri
Terletak di tingkat yang sama dengan wad bersalin, nurseri menempatkan bayi sebaik sahaja dilahirkan. Bayi akan dijaga dan dirawat sehingga disahkan sihat oleh Pakar Pediatrik untuk pulang bersama ibu. Sepanjang di hospital, barangan keperluan bayi seperti pakaian, kain balutan, lampin pakai buang serta kelengkapan mandian akan disediakan oleh Unit Nurseri.
Selain itu, perkhidmatan ujian bacaan penyakit kuning juga turut disediakan. Bagi bayi yang mengalami penyakit kuning, hospital kami menyediakan perkhidmatan fototerapi dan ibu boleh memilih sama ada ingin bayinya ditempatkan di bilik bersama mesin fototerapi (Rooming In) atau ingin bayinya dijaga oleh jururawat di Unit Nurseri.