Bangi: 27 Mei 2023 | Sabtu – Hospital Islam Az-Zahrah telah menganjurkan suatu program CME Talk, World Hypertension Day, Medical Outreach di Bangi Resort Hotel. Seramai 34 peserta yang terdiri daripada pegawai perubatan dan jururawat dari pelbagai tempat telah hadir pada program ini.
Terdapat 4 topik menarik yang telah di sampaikan oleh pakar dari Hospital Islam Az-Zahrah iaitu, (1) Common Ophthalmology Disorders – Not Just About Red Eyes oleh Dr. Nazrah Binti Mohamed Ramli, (2) Optimising Hypertension Management in Primary Care oleh Dr. Nabilah binti Othman, (3) Hypertension in Pregnancy oleh Dr. Noraini Nor, (4) Hypertension and Effect on Blood Vessel oleh Miss Lenny Suryani Binti Safri
Di samping itu, peserta berpeluang bertanyakan soalan dan mendapatkan pandangan daripada doktor pakar berkenaan penyakit hipertensi ini. Doktor pakar juga turut berkongsi bagaimana untuk menangani masalah pesakit yang mengalami masalah ini dengan lebih baik. Di akhir sesi, doktor pakar menggalakkan kita semua agar menjalani amalan hidup sihat. Ambil makanan yang lebih berkhasiat dan bersenam. Supaya badan kita akan menjadi lebih sihat dan terhindar dari penyakit.