Psikoterapi
Utama / Kepakaran / Psikoterapi
Psikoterapi
Psikoterapi ialah pendekatan rawatan kolaboratif yang melibatkan pakar atau ahli psikologi klinikal dan klien bekerjasama untuk menangani cabaran psikologi, emosi dan tingkah laku. Ia berasaskan prinsip psikologi dan bertujuan untuk membantu individu memahami pemikiran, perasaan, tingkah laku dan dinamik interpersonal mereka untuk mencapai kesedaran diri, pertumbuhan peribadi dan kesejahteraan emosi yang lebih tinggi.
Antara psikoterapi yang dijalankan di Pusat Pakar Psikologi Az Zahrah termasuklah terapi kanak-kanak, terapi dewasa, terapi warga emas, terapi post-natal, terapi pasangan, terapi keluarga, dan terapi kelompok. Kaedah yang digunakan dalam psikoterapi ini termasuklah cognitive behavior therapy (CBT), dialectical behavior therapy (DBT), acceptance and commitment therapy (ACT), interpersonal therapy (IT), solution-focused therapy (SFT), psychodynamic dan banyak lagi.
Perkhidmatan Psikoterapi
- Terapi Kanak-Kanak
- Terapi Dewasa
- Terapi Warga Emas
- Terapi Pasangan
- Terapi Keluarga
- Terapi Post-Natal
- Terapi Kelompok